Thursday 17 May 2012

Trailer & Sinopsis Filem '29 Februari' Lakonan Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz

Trailer & Sinopsis Filem '29 Februari' Lakonan Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz

Terbaru Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia, filem arahan Edry Abdul Halim, terbitan KRU Studios, yang dilakonkan oleh Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin.. Tahu sinopsis? Jom baca ni..

"Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung? 

Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012."


Trailer Filem 29 Februari


Facebook : 29 Februari

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.