Monday 28 May 2012

WARDINA Terima Panggilan Lucah Daripada Lelaki, Dipercayai Lelaki Tempatan Beragama Islam

WARDINA Terima Panggilan Lucah Daripada Lelaki, Dipercayai Lelaki Tempatan Beragama Islam

Kisah terbaru tentang Wardina.. Jika sebelum ini, rumah beliau dimasuki perompak, kali ini panggilan LUCAH pula... Jom baca berita tentang ini..


KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. kesian kat wardina...apa nak jadilah...x dpt ganggu kat luar..buat panggilan plak dah....

    ReplyDelete
  2. inshaAllah Allah jaga kak Dina..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.