Saturday 12 May 2012

Piala FA: Keputusan Kelantan Beri Cuti Peristiwa Diketahui Rabu Depan

Piala FA: Keputusan Kelantan Beri Cuti Peristiwa Diketahui Rabu Depan



KOTA BHARU : Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta di negeri ini bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.

Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010.

Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama di sini, Dr Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

"Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja," katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. - BERNAMA

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.