Wednesday 9 May 2012

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Dua Lagu Dipertaruhkan Bagi Seorang Artis Dengan Dua Pusingan Dan Undian Terkini

Konsert Mania Minggu 9 (Minggu Separuh Akhir) : Dua Lagu Dengan Dua Pusingan


Minggu Ke-9 untuk Konsert Mania atau dengan kata lain Minggu Separuh Akhir, bakal menyediakan dua pusingan untuk setiap bintang atau artis dalam satu konsert.. Oleh sebab itu, setiap artis perlu menyempurnakan dua buah lagu seorang.. Seperti yang diumumkan oleh Aznil pada konsert ke-8 baru ni, akan ada 3 penyingkiran berlaku kerana hanya 5 artis yang akan ke Final Mania!


Berdasarkan gambar di atas yang disnap di twitter, Shila Amzah bakal menyanyikan lagu My Life Would Suck Without You (Kelly Clarkson) dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir).. Terbaik daripada Shila!

Selain Shila ada beberapa artis yang seakan pasti membawa lagu masing-masing semasa konsert separuh akhit nanti, antaranya Jaclyn Victor dengan lagu Tapi Bukan Aku dan I Will Always Love You, Hafiz dengan lagu My Baby You dan Kau Lah Segalanya. Manakala Aril pula dengan lagu Satu dan Ku Cari Damai Di Hati..

Berikut adalah undian terkini sehingga entri ini diposkan.. Nampaknya 3 tangga terbawah sekarang adalah Hazama, Adira dan Shila Amzah!


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna
2. DiGi

Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.