Showing posts with label Jaclyn Victor. Show all posts
Showing posts with label Jaclyn Victor. Show all posts

Tuesday, 29 May 2012

Gabungan Terbaru 3 Suara : Semua Isi Hatimu - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah

Gabungan Terbaru 3 Suara : Semua Isi Hatimu Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah Jadi Lagu Tema Drama : Bunga-Bunga Syurga, TV3 Lakonan Wawa Zainal

Mesti ramai yang sudah alert dengan lagu terbaru gabungan 3 Suara ni.. Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah.. Sesuatu yang menarik daripada mereka.. Dapat ke lagu Semua Isi Hatimu ni mengatasi kejayaan Beribu Sesalan? Kita tunggu dan lihat.  Lagu ni telah menjadi lagu tema untuk drama di TV3, Bunga-Bunga Cinta..




Lirik 

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Monday, 21 May 2012

(VIDEO) Persembahan Jaclyn Victor di Mania Akhir (Kenangan Terindah, Gemilang, Arjuna Duet Bersama Tiar Jinbara)

Persembahan Jaclyn Victor di Mania Akhir (Kenangan Terindah, Gemilang, Arjuna Duet Bersama Tiar Jinbara)

Sedia maklum, Jac hanya mampu berada di Tempat Ke-3 untuk Program Mania Musim Pertama.. Pada awal konsert, Jac nampak selesa di tangga pertama, tetapi terus menurun ke tangga ke - 3 di akhir konsert.. Jom layan persembahan Jac pada malam tu.. Korang pun mesti dah baca entri sebelum ini Konsert Mania Akhir : Persembahan Kedua Jaclyn Victor (Kenangan Terindah Dan Gemilang).. Lupa Lirik Ke? kan? So kali ni, kita tengok VIDEO pulak..


Kenangan Terindah, Gemilang

Arjuna Duet Bersama Tiar Jinbara

Read more ...

Saturday, 19 May 2012

HAFIZ Juara Mania 2012 !

HAFIZ Juara Mania Astro 2012 ! Stacy Di Tempat Ke - 2 Manakala Jaclyn Victor di Tempat Ke - 3.. Ahmad Dhani Juara Komposer ..

Tahniah pada Hafiz (KLIK SINI UNTUK TENGOK VIDEO PERSEMBAHAN HAFIZ PADA MALAM ITU).. Semasa diumumkan untuk tempat ke-3, sedikit kejutan! Ingatkan Jac yang menang.. Then, bila Jac dah dapat tempat ke-3, dah boleh ramal siapa di tempat Ke-2 dan Juara.. Tup2 memang betul ramalan.. Rasanya ramai yang puas hati kot.. Tunggu review penuh..

Juara

Tempat Kedua


Tempat Ketiga

Read more ...

Konsert Mania Akhir : Persembahan Kedua Jaclyn Victor (Kenangan Terindah Dan Gemilang).. Lupa Lirik Ke?

Konsert Mania Akhir : Persembahan Kedua Jaclyn Victor (Kenangan Terindah Dan Gemilang).. Lupa Lirik Ke?

UPDATED! KLIK SINI UNTUK SAKSIKAN VIDEO PERSEMBAHAN JAC PADA MALAM ITU..

Macam dh jadi perkara biasa kepada Jaclyn Victor untuk kes lupa lirik.. Tapi, Gemilang terbaik!! Disebabkan Shila Amzah dah tersingkir, so harap2 Jac menang!! Second choice, Hafiz!

Foto : Mania Astro

Read more ...

Mania Minggu 10 (Final) : Senarai Lagu Dan Artis Undangan Adalah Dato' Siti Nurhaliza, Wings

Mania Minggu 10 (Final) : Senarai Lagu Jaclyn Victor, Hafiz, Stacy, Hazama, Aril Dan Artis Undangan Adalah Dato' Siti Nurhaliza, Wings



Jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelum ni, rasenya banyak jugak aku update pasal program Mania untuk minggu yang akan datang.. Tapi untuk Mania Final ataupun Mania Minggu 10 ni, ini yang pertama kot.. Tak de mood dan idea kot selepas Shila Amzah tersingkir.. Hehe.. 

Hadiah lumayan sebanyak RM500,000 akan terjawab malam ini menjadi milik siapa.. Adakah Jaclyn Victor? Hafiz? Stacy? Hazama? Atau Aril? So, malam ni boleh tengok 104 atau 188 di Astro.. Yang pasti, malam ni program Mania akan clash dengan Final Piala FA.. Adoi.. 

Ini info yang aku dapat untuk senarai lagu malam ni.. : -

Hafiz (I believe I Can Fly, Beribu Sesalan Duet Dengan Siti Sarah)
Hazama (Saat Ku Idamkan, Kepadamu Kekasih Duet Dengan Hattan)
Stacy (Takkan Melupakanmu, Cinta Duet Dengan Fiq)
Aril (Starlight, Isabella 98 Duet Dengan Ari Lasso)
Jaclyn Victor (Kenangan Terindah, Arjuna Duet Dengan Tiar Jinbara)

Yang pasti Artis Undangan Malam ni ialah Dato' Siti Nurhaliza dan Wings!


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Tuesday, 15 May 2012

Persembahan Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril dan Hazama di Konsert Mania Minggu Ke-9 (Separuh Akhir)

Persembahan Hafiz (Kaulah Segalanya, My Baby You), Stacy (Kasanova, Hukum Karma), Jaclyn Victor (I Will Always Love You, Tapi Bukan Aku), Aril (Satu, Ku Cari Damai Di Hati) dan Hazama (Putihnya Lukisan, What's Up) di Konsert Mania Minggu Ke-9 (Separuh Akhir)


Hafiz (Kaulah Segalanya, My Baby You)



Stacy (Kasanova, Hukum Karma)



Jaclyn Victor (I Will Always Love You, Tapi Bukan Aku)



Aril (Satu (SEDANG DIUSAHAKAN), Ku Cari Damai Di Hati)



Hazama (Putihnya Lukisan, What's Up)



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday, 13 May 2012

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Hafiz, Stacy, Jac, Aril, Hazama Mara Ke Final Mania 2012, Adira, Shila, Ebi Kecundang ! Kedudukan SMS Dan Lagu..

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Hafiz, Stacy Jac, Aril, Hazama Mara, Adira, Shila, Ebi Kecundang ! Kedudukan SMS Dan Lagu..

Yang Mara Ke Final Minggu Depan.. Top 3 yang diharapkan Jac, Hafiz dan Jac..


Shila Amzah, Adira dan Ebi terpaksa mengundur kerana SMS.. Shila Amzah u are the best walaupun tersingkir!


KEDUDUKAN SMS SELEPAS DITUTUP :

1. Hazama - 15%
2. Stacy - 15%
3. Hafiz - 13%
4. Jaclyn Victor - 13%
5. Aril - 12%
6. Adira - 11%
7. Shila - 10%
8. Ebi - 10%

SENARAI LAGU KONSERT MANIA MINGGU 9 (SEPARUH AKHIR)

Empayar Merah Dato' M. Nasir
1. Shila Amzah - Mahakarya Cinta dan My Life Would Suck Without You - TERSINGKIR
2. Hazama - Putihnya Lukisan dan What's Up
3. Stacy - Kasanova dan Hukum Karma
4. Ebi - 3 Malam Tanpa Bintang dan Kasihnya Laila - TERSINGKIR

Empayar Biru Aubrey Suwito
1. Adira - Kerna Ku Sanggup dan Aku Skandal  - TERSINGKIR
2. Jaclyn Victor - I Will Always Love You dan Tapi Bukan Aku

Empayar Hijau Ahmad Dhani
1. Hafiz - Kaulah Segalanyadan My Baby You
2. Aril - Satu dan Ku Cari Damai Di Hati

Artis undangan Mania untuk minggu ini ialah Yuna dan Randy Pangalila.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 12 May 2012

Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril, Hazama Terbang Ke Final Mania 2012

(12 Mei 2012) Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril, Hazama Terbang Ke Final Mania 2012

Walaupun ada keputusan yang tidak puas hati terutama Shila Amzah yang tersingkir, tapi semuanya rezeki masing-masing.. Shila Amzah bersama Adira dan Ebi terpaksa mengundur diri dan memberi peluang kepada Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril, Hazama Terbang Ke Final Mania 2012 dengan jayanya.. Hafiz, Stacy, Jac.. OK!! Cun.. Tapi Aril, Hazama, errrmmmmmm.. Masing-masing ada peminat.. So! Tahniah..


Untuk Shila Amzah, kamu sudah buat yang terbaik!! Kalah bermaruah!! My Life Would Suck Without You  dan Mahakarya Cinta yang terbaik!!


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Adira, Shila Amzah & Ebi Akhirnya Tersingkir Di Separuh Akhir Mania Minggu Ke 9

Hafiz, Stacy, Jaclyn, Aril, Hazama Ke Final Mania !! < TAJUK ENTRI TELAH DI EDIT KERANA TERSILAP TAIP HAZAMA YANG TERSINGKIR >


Terjawab sudah keputusan siapa yang ke final Mania minggu depan.. Rezeki nampaknya tidak menyebelahi .. Tetapi ternyata rezeki ke final di miliki oleh Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril & Hazama... Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan malam ni.. Tapi apa kan daya.. Semua keputusan di tangan sms..

Paling kecewa apabila Shila Amzah tersingkir.. Persembahan mantap tidak menjamin mendapat undian penonton.. But, Shila diantara yang best malam ni.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

EDITED
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Friday, 11 May 2012

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Adanya Yuna Dan Randy Pangalila Dan Kedudukan SMS Terkini

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Adanya Yuna Dan Randy Pangalila Dan Kedudukan SMS Terkini

Yuna Dan Randy Pangalila akan menjadi artis undangan untuk Konsert Mania Minggu Ke-9 atau pun dengan kata lain, Minggu Separuh Akhir.. Samada mereka akan membuat persembahan sama-sama atau berasingan, itu kena tunggu Sabtu malam nanti..


Undian terkini menunjukkan Aril masih di tempat pertama.. Ramai betul peminat Aril nih.. 


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 10 May 2012

Jaclyn Victor (Joget Angan Tak Sudah & Terasing) Di Konsert Mania Ke-8

Jaclyn Victor nyanyi lagu Joget Angan Tak Sudah & Terasing Di Konsert Mania Ke-8

Cuba korang layan persembahan Jac ni.. Dan nantikan di minit 4:40.. Di minit tu, korang boleh nampak urat-urat di leher Jac! Haha.. Layaaaannnn..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 9 May 2012

Mania Minggu 9 (Separuh Akhir) : Dua Lagu Dipertaruhkan Bagi Seorang Artis Dengan Dua Pusingan Dan Undian Terkini

Konsert Mania Minggu 9 (Minggu Separuh Akhir) : Dua Lagu Dengan Dua Pusingan


Minggu Ke-9 untuk Konsert Mania atau dengan kata lain Minggu Separuh Akhir, bakal menyediakan dua pusingan untuk setiap bintang atau artis dalam satu konsert.. Oleh sebab itu, setiap artis perlu menyempurnakan dua buah lagu seorang.. Seperti yang diumumkan oleh Aznil pada konsert ke-8 baru ni, akan ada 3 penyingkiran berlaku kerana hanya 5 artis yang akan ke Final Mania!


Berdasarkan gambar di atas yang disnap di twitter, Shila Amzah bakal menyanyikan lagu My Life Would Suck Without You (Kelly Clarkson) dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir).. Terbaik daripada Shila!

Selain Shila ada beberapa artis yang seakan pasti membawa lagu masing-masing semasa konsert separuh akhit nanti, antaranya Jaclyn Victor dengan lagu Tapi Bukan Aku dan I Will Always Love You, Hafiz dengan lagu My Baby You dan Kau Lah Segalanya. Manakala Aril pula dengan lagu Satu dan Ku Cari Damai Di Hati..

Berikut adalah undian terkini sehingga entri ini diposkan.. Nampaknya 3 tangga terbawah sekarang adalah Hazama, Adira dan Shila Amzah!


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna
2. DiGi

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 6 May 2012

Mania Minggu 8 : Kedudukan SMS Aril Tertinggi, Senarai Lagu dan Penyingkiran Alyah

Mania Minggu 8 : Kedudukan SMS Aril Tertinggi, Senarai Lagu dan Penyingkiran Alyah

Gambar Kredit : Facebook Mania


Wow! Aril dapat undian SMS tertinggi.. Permulaan konsert lak nampak Ebi yang dapat keputusan SMS tertinggi.. Errrrmmmmm.. Undian penonton memang tak konsisten nampaknya..

Jac lak hampir tersingkir malam tadi.. Jika ada dua penyingkiran, Jac la orang kedua yang akan ikut Alyah.. Kedudukan Shila Amzah pun sama.. Permulaan konsert berada di tangga ke 8.. Tapi akhir nya berjaya ada di tangga ke 7 je.. Persembahan Shila untuk lagu Anggapanmu malam tadi memang diantara yang terbaik!

Ini kedudukan SMS selepas undian Konsert Mania Ke-8 di tutup :

1. ARIL- 12%
2. HAFIZ - 12%
3. HAZAMA - 12%
4. STACY - 12%
5. EBI - 11%
6. ADIRA - 11%
7. SHILA AMZAH - 11%
8. JACLYN VICTOR - 10%
9. ALYAH - 9% - Tersingkir

Senarai Lagu Konsert Mania Minggu Ke-8 :-

1. SHILA AMZAH (ANGGAPANMU & I'M ALIVE)
2. HAZAMA (SEKUNTUM MAWAR MERAH & KISAH KAU DAN AKU MERAH)
3. STACY (FANTASIA BULAN MADU & PROUD MARY)
4. EBI (TUNGGU SEKEJAP & KEKASIH AWAL DAN AKHIR)
5. ADIRA (JANJI MANISMU & BALQIS)
6. ALYAH (JAUH DISUDUT HATI & KASIH) - Tersingkir
7. JACLYN VICTOR (JOGET ANGAN TAK SUDAH & TERASING)
8. HAFIZ (SINARAN & LAGENDA)
9. ARIL (KAU LUPA JANJI & BIAR BULAN BICARA)


--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 5 May 2012

Mania Minggu 8 : Minggu Penyingkiran Untuk Alyah

Alyah Tersingkir di Minggu Ke-8, Minggu Depan Adalah Minggu Separuh Akhir Mania dan Final Mania, Hanya 5 Artis Akan Bertanding..

Selamat Tinggal Alyah.. Bermula di kedudukan yang agak selesa di No. 4, akan tetapi tidak di akhir konsert.. Alyah berkedudukan SMS tempat ke-9 dan bermakna tersingkir minggu ini.. Aznil memaklumkan hanya 5 tempat yang akan di isi untuk ke Final, 2 minggu lagi.. Minggu depan merupakan Minggu Separuh Akhir untuk program Mania.. Oleh sebab itu, mungkin akan ada 3 penyingkiran kerana selepas Alyah tersingkir, tinggal 8 lagi artis iaitu Shila Amzah, Stacy, Hazama, Aril, Hafiz, Jaclyn Victor, Adira dan Ebi..

Gambar Kredit : Facebook Mania

Senarai Lagu Konsert Mania Minggu Ke-8 :-

EMPAYAR M. NASIR

Gambar Kredit : Facebook Mania

1. SHILA AMZAH (ANGGAPANMU & I'M ALIVE)
2. HAZAMA (SEKUNTUM MAWAR MERAH & KISAH KAU DAN AKU MERAH)
3. STACY (FANTASIA BULAN MADU & PROUD MARY)
4. EBI (TUNGGU SEKEJAP & KEKASIH AWAL DAN AKHIR)

EMPAYAR AUBREY SUWITO

Gambar Kredit : Facebook Mania

1. ADIRA (JANJI MANISMU & BALQIS)
2. ALYAH (JAUH DISUDUT HATI & KASIH) - Tersingkir
3. JACLYN VICTOR (JOGET ANGAN TAK SUDAH & TERASING)

EMPAYAR AHMAD DHANI

Gambar Kredit : Facebook Mania

1. HAFIZ (SINARAN & LAGENDA)
2. ARIL (KAU LUPA JANJI & BIAR BULAN BICARA)


--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 2 May 2012

Mania Minggu 8 : Konsert Memperingati Lagenda Muzik Tanah Air & Luar Negara

Mania Minggu 8 : Minggu Evergreen - Senarai Lagu


Semua artis Mania ditugaskan menyanyi lagu medley sempena memperingati lagenda muzik tanah air dan juga luar negara. 

Antara lagu yang seakan confirm dinyanyikan ialah :

1. Hafiz - Sinaran dan Lagenda (Dato' Sheila Majid)
2. Aril - Biarlah Bulan Bicara (Brorey Marantika) & satu lagu lagi belum dipiih
3. Jaclyn Victor - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay) & Terasing (Sudirman)
4. Alyah - Jauh Di Sudut Hati & Kasih (Sudirman)
5. Adira - Janji Manismu (Aishah) & Balqis (Dato' Siti Nurhaliza)
6. Shila Amzah - Anggapanmu (Ziana Zain) & I'm Alive (Celine Dion)
7. Ebi - Tunggu Sekejap (Tan Sri P. Ramlee) & Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)
8. Hazama - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi & Kisah Kau Dan Aku (Alleycats)
9. Stacy - Fantasia Bulan Madu (Search) & Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 30 April 2012

Mania Minggu 7 : Jaclyn Victor & Maman Teacher's Pet (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)

Jaclyn Victor & Maman Teacher's Pet (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)

Mulanya aku ingat, Jac dan Maman hanya nyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir.. Rupanya diaorang nyanyi 2 lagu.. Satu lagi lagu ialah Pelesit Kota.. Penilaian persembahan? Korang nilailah sendiri..

Gambar : Facebook Mania


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 29 April 2012

Mania Minggu 7 : Kekal Dengan Penyingkiran Berganda Kristal dan Estranged

Mania Minggu 7 : Kedudukan SMS Terakhir dan Senarai Lagu


Sedia maklum, Mania Minggu 7 Kekal Dengan Penyingkiran Berganda Kristal dan Estranged.. Ini kedudukan SMS sebelum penyingkiran diumumkan..

1. EBI - 13%
2. JACLYN VICTOR - 12%
3. HAZAMA - 10%
4. HAFIZ - 10%
5. STACY - 9%
6. SHILA AMZAH - 9%
7. ADIRA - 9%
8. ALYAH - 9%
9. ARIL - 7%
10. ESTRANGED - 6%
11. KRISTAL - 6%

Nampaknya, Ebi dan Jac masih berada di atas.. Ramai betul peminat Ebi ya walaupun dah lama tak muncul dengan lagu baru sebelum ini.. Ini senarai lagu yang diperform semalam..

Kristal & Ella (Kesal)
Estranged & Velvet (Sudah)
Shila Amzah & Noraniza Idris (Hati Kama)
Stacy & Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart)
Aril & Zahid (Ghazal Untuk Rabiah)
Alyah & Nora (Di Persimpangan Dilema)
Hazama & Azlan (Suatu Masa)
Jaclyn Victor & Maman (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)
Hafiz & Maya Karin (Ombak Rindu)
Adira & Shahir (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah) 
Ebi & Salma (Kasih Tak Sampai)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 28 April 2012

Mania Minggu 7 : Hafiz Bakal Berduet Dengan Dato' Siti Nurhaliza ; Ombak Rindu?!


Baru lepas baca Beautifulnara tadi.. Nara beritahu Hafiz bakal berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza untuk lagu Ombak Rindu? Wow! Sesuatu yang menarik.. Kita tunggu malam ni samada projek duet itu berhasil atau tidak..

Selain daripada tu, kerja duet Warisan Wanita Terakhir yang ditunggu-tunggu adalah Jac dan Maman Teachers Pet.. Lama giler tak dengar lagu best ni secara live! Jugak malam ni..

Nak tahu antara senarai lagu yang akan dinyanyikan malam ni? Boleh klik SINI..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 17 April 2012

Review Konsert Mania Minggu Ke-5


Review Konsert Mania Minggu Ke-5



Petikan artikel.......

KATA sepakat ketiga-tiga produser muzik - Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani mengangkat persembahan Jaclyn Victor sebagai yang terbaik di konsert Mania, Sabtu lalu nampaknya turut dipersetujui penonton. Jaclyn yang menyanyikan rendisi tersendiri lagu Matahariku milik Agnes Monica berjaya ‘mencuri’ undian menerusi persembahan hebat itu.

Siapa boleh menyangkal kehebatan vokal pemenang sulung Malaysian Idol ini. Jika minggu sebelumnya dia menyanyikan Terukir Di Bintang dengan alunan jazz, kali ini dia kembali dengan nyanyian hebat sinonim dengan dirinya sehingga M Nasir mengingatkan kembali kepada penonton bahawa Jac adalah penyanyi penting negara. 
Sebaik undian ditutup sebelum proses penyingkiran, Jaclyn berada di tempat pertama dengan 14%, diikuti Ebi 12%, Stacy 11%, Hafiz 9% dan Estranged 7%. Manakala tiga artis di kedudukan terbawah pula adalah Aril, Atilia dan juga penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael sekali gus dirinya menjadi artis kedua disingkirkan. 

Biarpun persembahan Awi antara yang cukup mantap pada konsert yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu, namun ia masih gagal menyelamatkan dirinya daripada penyingkiran. Cukup bersungguh, jejaka di bawah empayar Aubrey ini tampil mengambil risiko mendendangkan lagu yang kurang dikenali di kalangan pendengar iaitu Show Must Go On (Queen).

Agak kesal kerana perjuangan di Mania terhenti seawal ini, Awi bagaimanapun cukup terharu dengan peluang yang diberikan kepadanya menyertai pertandingan ini.

“Dulu, saya hanya seorang penyanyi jalanan dan berada di Mania semestinya menjadi kesempatan terbaik untuk saya mengukuhkan lagi platform di Malaysia. Bagi saya, apa yang dicapai pada tahap ini sudah cukup menjadi inspirasi untuk maju ke hadapan. 

“Namun, saya akui agak sedih kerana tidak berkesempatan menunjukkan kebolehan lain seperti bermain piano di atas pentas, versatiliti bermain instrumen muzik dan menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud (M Nasir) serta Gemilang ciptaan Aubrey. 

“Apa-apapun, saya bersyukur sempat menimba pengalaman daripada program ini dan bekerja dengan Aubrey. Terhenti di sini cuma satu permulaan baru buat saya kerana ruang di luar sana masih banyak dan terbuka luas,” jelasnya. 

Secara keseluruhannya, minggu kedua pertarungan sebenar masih tidak mencapai tahap di mana semua peserta seharusnya sudah mampu membuat persembahan luar biasa. Jika diteliti, walaupun ada beberapa peserta kelihatan sudah mula mengambil risiko, namun ada juga yang memilih untuk berpijak di zon selamat mereka. 

Persembahan pembukaan yang menampilkan Ebi menyanyikan lagu Anak Kampung (Jimmy Palikat) gagal disempurnakan dengan cemerlang dan hala tuju persembahan bagaikan tidak bersatu dengan lagu. Begitu juga dengan nyanyian Akim mendendangkan lagunya sendiri, Inilah Cinta, cuma boleh dikategorikan masih belum luar biasa. 

Kumpulan Estranged yang membawakan Rolling In The Deep (Adele) pula agak mengecewakan kerana gagal membuat versi lebih baik untuk lagu hebat itu. Manakala Kristal pula masih mengekalkan momentum persembahan pada tahap meyakinkan ketika menyanyikan lagu Di Ambang Wati (Wings). 

Pujian perlu diberikan kepada beberapa peserta iaitu Alyah, Stacy, Aril dan Atilia yang berani tampil mengambil risiko serta membuat pembaharuan dalam persembahan mereka. 

Misalnya Stacy, walaupun gadis genit ini lebih sinonim dengan gerak tarinya yang mantap, sebaliknya minggu ini dia memilih menyanyikan Suralaya Di Dalam Major (Search) secara balada. Begitu juga Aril, diiringi instrumen orkestra, dia menunjukkan sisi lain apabila menonjolkan vokalnya menerusi lagu Kenangan Lalu (Flybaits). 

Manakala Alyah yang menyanyikan Kau (Glenn Fredly) dengan versi tersendiri, membuat kelainan dengan menyuntik elemen muzik India dalam lagu berkenaan. Atilia juga tidak ketinggalan menunjukkan kemahiran menari sambil mengiringi lagu All Night Long (Mary J Blige). 

Persembahan lain termasuklah Adira menyanyikan Kembang Perawan (Gita Gutawa), Shila Amzah dengan Kau Atau Aku (Elyana), Hazama melagukan Semalam Yang Hangat (Wings) dan Hafiz, Bukan Cinta Biasa (Afgan). 

Dibawakan khas dari negara seberang, artis jemputan kali ini adalah band TRIAD dianggotai Ahmad Dhani sendiri yang tampil mempersembahkan lagu Sedang Ingin Bercinta (Dewa) sambil diiringi Stacy, Alyah, Jac, Shila, Adira dan Atilia.

--------------------------------


Entri menarik yang perlu korang terjah :


Read more ...

Saturday, 14 April 2012

Mungkinkah Jaclyn Victor Terlupa Lirik Matahariku Di Konsert Mania Minggu Ke-5..? Stacy?

Mungkinkah Jaclyn Victor Terlupa Lirik Matahariku Di Konsert Mania Minggu Ke-5.. Stacy? 


Nampaknya sejarah berulang kembali.. Rezeki untuk sampaikan lagu Matahariku menjadi tidak sempurna sebab terlupa lirik.. Nasib baik Jac dapat cover dengan baik dan meneruskan dengan jayanya..


Stacy? Ape komen korang? Sebutan kurang jelas.. So aku tak sure dia juga terlupa lirik atau tak.. Tetapi persembahan Stacy nampaknya terganggu pada awalnya di sebab kan oleh sorakan penonton..

Apa-apa, kita tunggu keputusan.. Mungkin seorang tersingkir, mungkin jugak 2 orang.. Or maybe tak de yang tersingkir.. Kita semua tak tahu..

Konsert malam ni ade masalah sound ke? Suara Atilia pun kurang jelas ni..  Begitu jugak dengan Hazama..  Sekarang Hafiz.. Andaian je la..

Ini cumalah pendapat sendiri.. Kalau bercanggah dengan pendapat korang, Sorry..  Peace..

--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...