Saturday 5 May 2012

Kota Bharu : Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Rahmah, Kubang Kerian Mati Lemas Ketika Mandi Di Sungai

Kota Bharu : Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Rahmah, Kubang Kerian Mati Lemas Ketika Mandi Di Sungai (Berita 05 Mei 2012)

Satu lagi kes malang tidak berbau.. Lagi kes di Kelantan.. 

Gambar Hiasan

KOTA BHARU: Dua pelajar Sekolah Menengah Agama mati lemas ketika mandi di Sungai Machang, Limbat dekat sini Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kedua-dua mangsa, Wan Muhammad Nadzri Wan Mahmud Sabri, 16, dan Abu Hamid Fadzir, 14, sedang mandi bersama tiga lagi rakan mereka.

Kedua-dua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Rahmah, Kubang Kerian dekat sini.

Tiga rakan mangsa terselamat dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Superitendan Azham Othman berkata, mereka mandi di sungai tersebut selepas membatalkan cadangan untuk menghadiri latihan silat di sekolah mereka.

Beliau berkata, mangsa pertama, Wan Mohd Nadzri dari Kampung Lorong Pulai Hilir, Jalan Tok Kenali, di sini dijumpai kira-kira pukul 7 petang dan mangsa kedua, Abu Hamid dari Taman Desa Paduka, Kubang Kerian ditemui sejam kemudian, berhampiran tempat kejadian.

Mayat mereka ditemui oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dengan kerjasama penduduk kampung dan polis, katanya.

Azham berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan esok. - BERNAMA

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.