Friday 4 May 2012

KES Tembak Menembak Di Kelantan, Taman Perumahan Sentosa Jaya, Kampung Binjai Baru

KES Tembak Menembak Lagi Di Kelantan, Taman Perumahan Sentosa Jaya, Kampung Binjai Baru (03.05.2012)

Banyak pulak aku dengar kes tembak menembak ni.. Mintak jauh la.. Mungkin ada sebab di sebalik yang kita tak tahu.. Apa-apa pun, mintak jauh dari semua ni untuk berlaku dalam family kita..

SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

MOHD NASRUL...menerima rawatan di HRPZ II

KOTA BHARU: Seorang pembekal peralatan rawatan mata sebuah hospital sempat melaungkan ‘Allahuakbar’ ketika diserang ala mafia oleh dua lelaki menembak dan menetaknya di depan sebuah kedai runcit di Taman Perumahan Sentosa Jaya, Kampung Binjai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Nasrul Alimi Mohamad, 35, cedera parah di kedua-dua kaki akibat terkena tembakan selain cedera di kepala dan pergelangan tangan kiri akibat ditetak berulang kali menggunakan senjata tajam dipercayai kelewang.

Kejadian berlaku di depan kedai runcit hanya kira-kira 300 meter dari rumah mangsa ketika dia baru selesai membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbitnya dan gula-gula.

Pemilik kedai runcit itu, Azizah Yusof, 49, berkata sebaik saja Mohd Nasrul Alimi atau mesra dengan panggilan Yo keluar dari kedainya, dia terdengar bunyi letupan seperti mercun.

“Selepas itu saya dengar Yo menjerit, Allahuakhbar. Saya kemudian keluar dan melihat Yo terbaring atas jalan sambil mengerang kesakitan. Ketika itu, dua lelaki bertopi keledar dan berjaket hitam mengacukan pistol dan parang ke arah saya.

“Walaupun nyawa saya ibarat di hujung tanduk, saya nekad menjerit meminta tolong. Namun seorang daripada penyerang bertindak menetak Yo dengan parang.

“Pada masa sama seorang lagi melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum kedua-dua mereka melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Kelisa,” katanya. 


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.