Friday 4 May 2012

Kes Bayi Maut Kena Renjatan Elektrik Di Kedah

Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal, Kes Bayi Maut Kena Renjatan Elektrik Di Kedah

Kes ni memberi pengajaran kepada semua supaya dapat berhati-hati dalam menjaga anak kecil.. Mari lah kita semua beringat.. Malang betul-betul tak berbau.. Baru pagi tadi isteri aku ada cerita tentang satu kes bapa terlanggar anak dengan kereta semasa nak undur kereta.. Mintak jauh semua ni..


ALOR SETAR - Seorang bayi berusia enam bulan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang wayar soket penyambung elektrik yang diletakkan di lantai ruang tamu rumah neneknya di Kampung Lancor Tok Leed, Pokok Sena di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal yang baru pandai meniarap dikatakan memegang wayar tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan terdapat bahagian wayar dalam terdedah selepas bahagian penebatnya terbuka.

Ketika kejadian, Syahmina berada di ruang tamu bersama kakaknya, Sofina Zulaika, 3, sementara ibu saudaranya, Noraina Rosli, 14, sedang memasak di dapur.

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, memberitahu, mangsa dan kakaknya ketika kejadian dijaga oleh Noraina kerana datuk dan nenek mangsa, Rosli Ahmad, 43, dan Rohani Napiah, 43, keluar menoreh getah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.