Tuesday 8 May 2012

Terbaru : Krisdayanti Sedut Lemak

Kisah Terbaru KD : Krisdayanti Sedut Lemak

Dalam pada aku duk belek-belek paper Kosmo Ahad!, terjumpa artikel terbaru tentang Kris Dayanti di muka surat 36.. Lama giler tak dengar cerita dia lepas dia kahwin dengan Raul Lemos.. Siapa peminat KD. boleh baca artikel ni.. Niat aku hanya untuk berkongsi.. 


-----------------------------------------

USAI melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan dengan Raul Lemos, Krisdayanti memutuskan untuk menyedut lemak agar tubuhnya kembali seperti dahulu. Perubahan ini bagaimanapun tidak disedari suaminya, Raul.

"Suami saya tidak ada masalah, tetapi dia sempat terperanjat dan tidak menyangka. Dia sebenarnya suka bahagian pinggang saya yang agak besar," akui Krisdayanti yang mesra disapa KD.

Keputusan KD untuk membuat rawatan sedutan lemak dengan cara laser dilakukan demi membahagiakan Raul. Buat KD, wang bukan satu isu besar.

"Kita perlu membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan doktor yang berpengalaman dan bersesuaian. Tapi jangan pula korbankan diri semata-mata mahu murah. Di luar negara (kos pembedahan kosmetik) mahal, di sini (Jakarta) lebih murah," katanya.

Usai menjalani rawatan tersebut, bekas isteri Anang Hermansyah ini masih perlu menjalani proses rawatan yang lain. Meskipun proses rawatan tersebut adalah berbahaya, KD tetap mahu melakukannya demi tampil cantik.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.