Sunday 6 May 2012

Saad Mansor, Petani Maut Dipatuk Ular Di Kampung Goncar, Gunung Keriang, Alor Setar

Petani Maut Dipatuk Ular

Pelbagai kes yang kita dengar sekarang.. Kadang-kadang melibatkan malang tidak berbau.. Selalu mendoakan semoga kes-kes macamni tak terjadi lagi terutama kepada insan-insan tersayang kita..


ALOR SETAR: Seorang petani berusia 63 tahun maut setelah dipatuk ular ketika sedang berehat di luar rumahnya di Kampung Goncar, Gunung Keriang dekat sini petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Saad Mansor yang dipercayai dipatuk ular berbisa di jari tangan kanan meninggal dunia di rumahnya selepas dua jam dipatuk ular yang tidak diketahui jenisnya.

Anak sulung mangsa, Shahrulniza, 35, berkata, ketika kejadian hanya adiknya, Md Shahrizal, 30, dan ibunya Che Jam Ismail, 63, berada di rumah.

Katanya, sebaik bapanya memaklumkan jari tangan kanannya dipatuk ular, adiknya segera membawanya untuk mendapat rawatan di sebuah klinik berhampiran rumah mereka.

"Pihak klinik mengesyorkan bapa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar namun bapa enggan pergi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, Ahad.

Katanya, bapanya kemudiannya pulang ke rumah dan meninggal dunia kira-kira 8.30 malam.

Jenazah Saad dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lengkuas, Bukit Pinang dekat sini kira-kira 11 pagi Ahad. - BERNAMA


Al-Fatihah untuk Beliau dan Takziah untuk Keluarga..

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.