Tuesday 8 May 2012

Penemuan : Fosil Dinosaur Ditemui Di Australia !

Penemuan : Australia Turut Mempunyai Dinosaur Seperti Ceratosaur, Tyrannosaur & Allosaurus Berikutan Fosil Ditemui

FITZGERALD memegang fosil dinosaur ceratosaur di Melbourne semalam.

SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam menyatakan, penemuan fosil baharu membuktikan bahawa Australia turut mempunyai dinosaur sama seperti tempat lain di dunia.

Seorang ahli paleontologi, Erich Fitzgerald berkata, satu fosil buku lali yang ditemui 87 kilometer dari bandar raya Melbourne menunjukkan ia ialah spesies dinosaur, ceratosaur yang hidup di Australia sekitar 125 juta tahun dahulu.

Menurutnya, penemuan tersebut menunjukkan Australia turut mempunyai dinosaur seperti tyrannosaur dan allosaur yang wujud di luar Australia.

tyrannosaur

allosaur

"Dinosaur itu bukan seperti haiwan zaman moden termasuk kanggaru dan koala yang hanya terdapat di Australia," kata Fitzgerald.

ceratosaur

"Berbeza dengan hidupan liar di Australia sekarang, dinosaur itu terdiri daripada kumpulan yang tersebar di seluruh dunia sebelum benua di bumi terpisah," tambahnya.

Ceratosaur merupakan dinosaur pemakan daging yang boleh membesar sehingga satu atau dua meter manakala panjang haiwan itu ialah tiga meter. - Agensi


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

3 comments:

  1. SAYA BERMINAT UNTUK BERTUKAR LINK DENGAN ANDA!

    ReplyDelete
  2. kat Malaysia pun mesti ada kan..ahaha... cuma perlu ada excavation je

    latest post: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/05/rumah-terbalik-dibuka.html

    ReplyDelete
  3. tkotnya kalu haiwan ni still ada kt dunia...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.