Sunday 6 May 2012

Pelajar 9 Tahun Maut Digilis Jentera Pembajak Kampung Palas, Kuala Nerang

Pelajar 9 Tahun Maut Digilis Jentera  Pembajak

Berita terbaru yang aku terbaca untuk dikongsikan bersama korang.. Mungkin ada yang kenal tetapi tidak mengetahui berita ini.. Salam takziah untuk keluarga Muhammad Fariz dan Al-Fatihah.. Ikuti berita kat bawah..
---------------------------------

KUALA NERANG — Seorang pelajar berusia sembilan tahun maut selepas digilis jentera pembajak dalam kejadian di Kampung Palas, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu mangsa, Muhammad Fariz Najmi Norizan dipercayai terjatuh dari jentera pembajak dan maut di tempat kejadian.

Datuk mangsa, Yusof Awang, 59, berkata, mangsa dikatakan duduk bersebelahan bapa saudaranya Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera tersebut untuk menjalankan kerja-kerja membajak di sebuah sawah tidak jauh dari rumah mereka.

Katanya, mangsa dipercayai jatuh semasa bapa saudaranya menuruni tebing di sawah tersebut menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sawah sebelum digilis.

"Habibullah mula menyedari mangsa tiada di sebelahnya sejurus selepas menjalankan kerja-kerja membajak di sawah tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Palas hari ini.

Katanya, tidak sampai 30 meter Habibullah membajak, dia baru perasan yang Muhammad Fariz tiada di sebelahnya dan apabila dia melihat ke belakang, dia nampak mangsa sudah terbaring dengan badannya diselaputi lumpur dan darah.

Yusof berkata, cucunya meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan teruk di kepala dan beberapa bahagian badan setelah digilis traktor berkenaan.

Muhammad Faris yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di sini merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kubang Palas kira-kira pukul 5.30 petang semalam. — BERNAMA

-------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

  1. Nani tag Mr. E'raz Fadli kat sini...

    Harap awak tak kisah ^^!

    jom join sama2...

    http://n-mcd.blogspot.com/2012/05/ga-amercorner-free-domain-and-aquapic.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.