Wednesday 2 May 2012

Kategori 'Bintang' Untuk Insan Yang Bernama Kawan..

" Good friends are like stars.. "


Di pagi Rabu yang indah ni, marilah kita amek masa dalam seminit.. Seminit pun cukup la.. Untuk apa? Just untuk ingat atau kenang kenangan bersama kawan-kawan baik korang.. ;) Mari kita sama-sama mendoakan kebahagiaan kita dan diaorang supaya dapat menjalankan hidup yang sempurna dan bahagia serta tenang dalam sehari-hari.. Amin.. 

Korang mesti ada best friend atau friend.. Dari Jumaat lepas, aku betul-betul teringatkan kawan-kawan baik aku dari USM dulu.. Teringat pada kawan-kawan baik sehidup semati aku.. Banyak kenangan-kenangan bermula dari hari pertama pendaftaran dan orientasi di Desasiswa Cahaya Permai dan di DTSP! Kenangan tu sehingga lah ke akhir pengajian dan konvokesyen.. 

Banyak program yang berjaya kami buat antara nya, tolong salah seorang geng kami kaji pasal serangga, daki guna jerai, naik bukit jambul itu dan ini.. Then lepas tu kami masing-masing bekerja dalam bidang masing-masing.. Susah nak kami berkumpul sekarang sebab seorang di Kelantan, seorang di KL, dua orang di Johor dan dua orang lagi di Pahang.. Masing-masing dah dengan keluarga masing-masing.. 

Sorry ter cerita kisah personal.. Tapi yang pasti, korang mesti ada kisah korang tersendiri kan.. Harap-harapnya korang boleh tersenyum pagi ni untuk kenangan-kenangan itu! Jom SMS kawan-kawan baik kita untuk bertanya khabar.. Atau terjah wall diaorang di Facebook!

- Gambar hiasan : Kalau tengok drama atau filem Dunia Baru ni, memang buat aku teringatkan kenangan zaman muda-mudi di USM dulu! -


-------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.