Thursday 18 February 2016

Isi BORANG KWSP 17A (Khas2016) Sebelum Terlambat

BORANG KWSP 17A (Khas2016) | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti semua dah tahu akan hal berkaitan KWSP yang caruman diturunkan 3 % dari 11 % kepada menjadi 8 % kan.. Dan semua juga sudah tahu akan akan berlaku jika kekalkan 11 % atau kurang ke 8 %.. Eraz pernah buat entri sebelum dengan hanya utarakan pendapat sendiri.. (Rujuk entri INI).. Lepas je pengumuman di buat, terus kami di pejabat ada berbincang sambil berborak dan boleh katakan semua ingin kekal 11%.. Demi masa depan.. Tapi.. Tahukah korang?

Kalau korang ingin kekalkan 11 %, korang kena isi borang dan serahkan kepada majikan? Alhamdulillah pihak HR kami terus bagi email reminder pada semua staf pasal hal ini dan rasanya tarikh tutup pada hujung bulan ini.. Borang apa? BORANG KWSP 17A (Khas2016).. Bagi yang mereka ingin turunkan kadar caruman, tak perlu mengisi borang.. Pihak berkenaan akan terus proses tukar ke 8 % jika tidak menerima borang.. Tapi kalau mahu kekal, silalah isi borang semua terlambat atau mungkin akan menyesal.. Kan..


Pengumuman dari laman web KWSP

Mengekalkan Caruman 11%

Pekerja yang ingin mengekalkan kadar caruman syer pekerja asal perlu melengkapkan dan menandatangani Borang KWSP 17A (Khas2016) dan serahkan kepada majikan masing-masing.

Majikan kemudian perlu mengesahkan bahawa borang tersebut telah diisi dengan baik sebelum mengumpul kesemua borang dan hantar kepada cawangan KWSP terdekat.

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.