Saturday 6 February 2016

Bila Sekali Sekala Dapat Cuti Jumaat / Sabtu

Assalamualaikum w.b.t.. Bila seseorang itu wajib bekerja pada setiap hujung minggu selama sudah hampir 9 tahun, kalau dapat sekali sekala cuti Jumaat / Sabtu, memang rasa macam nikmatnya.. Haha.. Itu sebenarnya Eraz la.. Bayangkan wife hanya cuti Jumaat dan Sabtu, pada suaminya pulak memang sentiasa kerja Jumaat dan Sabtu.. Tapi kalau si suami dapat cuti Jumaat atau Sabtu (salah sehari pun ok), memang banyak la perancangan family di buat.. Kalau larat, memang tak nak duduk rumah sebab nak spend masa di luar.. Tapi..


Tapi.. Bila dan cuti sekali pada hujung minggu, masa itulah kadang-kadang kami guna untuk duduk dirumah.. Kemas rumah sama-sama, masak ke sama-sama, jaga anak sama-sama.. Bukan habiskan masa di luar, tapi di rumah.. Tapi perasaan berbuak-buak nak ajak anak isteri keluar jalan-jalan.. Paling tidak pun maybe keluar breakfast di luar sama-sama.. Tapi kadang-kadang tu wife dah plan nak masak apa-apa sebelah pagi.. Apa-apa pun, memang rasa nikmat giler kalau dapat dapat Jumaat atau Sabtu ni.. Hanya pekerja macam Eraz ni je kot dapat faham..

Kadang-kadang ada rase macam nak give up je dari kerja di situ.. Sebabnya? Sebabnya memikirkan akan susahnya untuk cuti bersama keluarga.. Tapi rezeki itu di tangan Allah.. Jika Allah dah tetapkan rezeki kita di situ, bersabar dan redha saje lah..Mana tahu ada hikmah di sebalik kesabaran kan.. Insyallah..

#Macam banyak je perkataan 'kadang-kadang'

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.