Sunday 7 February 2016

Pilih Untuk Kekal 11% !

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas je PM annouce tentang penurunan caruman KWSP tu, terus dalam kepala ni tetapkan untuk kekal 11% walaupun dapat penurunan sebanyak 3% menjadi 8%.. Esoknya masuk office, terus ada staf bincang-bincang pasal kebetulan pihak HR emailkan untuk mana-mana staf nak ambil opsyen 11%, kena isi satu borang.. Dalam perbincangan kami, ada beberapa perkara tersembunyi akan berlaku jika kita semua tukar kepada opsyen yang 8% tu.. Lepas je kami bincang-bincang, terus viral di media sosial tentang hal ini..


Korang mesti tahu kan.. Ada yang buat kira-kira.. Ada yang buat spekulasi itu, spekulasi ini.. Tapi yang penting, memang Eraz dah kekal tetap nak kekalkan 11%.. Hari ni muncul satu artikel yang katanya, Pekerja Pilih Turun Kadar Caruman 8% Akan Hilang Ribuan Ringgit - Pakar.. So memang betul la keputusan yang di buat.. So masuk kerja lepas CNY nanti, kena terus isi form la.. Kang buatnya terlupa, tak pasal-pasal bertukar menjadi 8%.. Korang macamana?

Walaupun gaji akan bertambah untuk satu tempoh masa, itu jangka pendek..Jangka panjangnya pula macamana? Kena fikir jugak kan.. Dan juga kait rapat dengan cukai pendapatan pula.. Kadang-kadang satu keputusan memang ada ganjaran pada masa itu.. Tapi untuk jangka masa panjang, rugi..

2 comments:

  1. Sama la..Kekalkan 11% jgk.Manager pn ada bagitau kalau ambik 8% rugi..nak 11% bagitau awl2 kalau tak bagitau automatik akn potong 8% tp saya pilih 11%.Kwsp 8% loan bank susah nak lepas..erhhhh..

    ReplyDelete
  2. eraz bukan dah kerja kerajaan? masih potong kwsp?

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.