Tuesday 9 February 2016

Bila layan kerenah anak main di tengah malam

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah malam semalam.. Hari balik rumah Ma Abah di Machang.. Masa on the way balik, memang dengan syoknya Adam Fitri tidur atas mama dia tapi Zara Faleesya tak tidur sepanjang perjalanan sejam setengah tu.. Yang bestnya Zara duduk dengan driver a.k.a Papa sepanjang perjalanan.. Cool je la.. Kire sambil-sambil berborak dan drive.. At least boleh hilangkan ngantuk.. Jangan di tiru sebenarnya sebab tak berapa elok, bahaya.. Kalau buat juga, kena lebih berhati-hati..

Sampai rumah, Adam Fitri terus sambung tidur.. Dalam kepala maybe sampai pagi dah kot.. Ok.. Zara Faleesya syok lagi sambung main.. Tapi alih-alih Adam Fitri bangun sebelum pukul 12.00 malam.. Haha.. Memang tidur lewat la macam ni.. Pukul 12.30 malam, Zara Faleesya dah kepenatan dan tertidur dengan lenanya.. Tapi adik Adam Fitri, terus menerus main ke hulur hilir.. Layan la kami sebagai Mama Papa ni.. Ikutkan mata memang mengantuk tambah-tambah ada program outting pagi esok..

Cara Papa dan Mama jaga anak memang berbeza.. Kalau Papa memang lebih suka manjakan anak.. Biar je anak main sampai malam.. Layan.. Tapi kalau bagi Mama jaga, dia akan usaha ulik sampai tidur.. Hehe.. Itu yang terjadi semalam.. Bila dah sampai pukul 1.30 pagi belum tidur, Mama dia ulikkan sampai tidur.. Hehe.. Tapi antara Papa dengan Mama, Papa lebih tegas dan garang la sikit..

Dalam pada sudah mula mempunyai anak ni, mula la kita tahu susah payah ibu bapa kita dulu kan.. Automatik punya korang akan terfikir.. Masa kecil-kecil dulu, mana la fikir..

3 comments:

  1. amboiii...sakan dah nak pkul 1.30 pun xnak tdo...gagah bukak mata tuuu :P

    ReplyDelete
  2. Bw n dofollow blog ni
    Kiutnya nama anak adam fitri n zara... alhamdulillah kerana memahami jerih perih ibu bapa mebesarkan anak2 bila kita sendiri ada anak2..

    ReplyDelete
  3. Amboi2x... Adam Fitri lewat tido ye...hehehe..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.