Wednesday 17 February 2016

Banana Shot dari Faiz Subri viral !

Assalamualaikum w.b.t.. "Sepakan lencong Faiz jadi tumpuan dunia".. Itu tajuk berita utama hari ni yang buatkan nama Faiz Subri melonjak naik.. Kenapa? Pemain Pulau Pinang itu, telah berjaya menarik tumpuan dunis selepas sepakan percumanya melencong dengan unik dan hebat kot sebelum bola berkenaan masuk ke gawang gol.. Ianya berlaku pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dengan Pahang.. Video yang diupload di Youtube itu menjadi viral sejak semalam..

Banana Shot dari Faiz Subri viral !

Mengikut apa yang Eraz baca, memang sudah banyak laman web yang menulis tentang sepakan 'Banana Shot' Faiz Subri itu.. Ini di antara yang dikongsikan oleh Berita Harian..
Laman web Mirror Online, menggambarkan jaringan Faiz Subri itu sebagai detik menakjubkan dalam sukan bola sepak dan menyatakan jaringan terbabit tidak ubah seperti jaringan yang dilakukan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.. Malah, laman sesawang itu turut menyatakan sepakan percuma yang lebih dikenali dengan gelaran 'banana shot' itu juga tidak lagi menjadi hak eksklusif Carlos memandangkan ada pemain dari Malaysia yang mampu mencipta jaringan seunik itu..
Laman sesawang, Independent menyifatkan sepakan percuma yang dihasilkan pemain berusia 29 tahun itu layak dicalonkan untuk memenangi Anugerah Puskas iaitu anugerah yang diberikan kepada jaringan gol yang tercantik.. Katanya, gol terbabit mampu menjadi pencabar dalam anugerah Puskas kerana ia bukan sahaja unik sehingga mengelirukan penjaga gol, malah ia turut dilihat 'melanggar' hukum fizik..
VIDEO Banana Shot dari Faiz Subri viral !

5 comments:

  1. kaki die magic..sepak bola boleh buat lencongan

    ReplyDelete
  2. tergaman penjaga gol tu..sah2 kalau fikir dari otak logik..boleh tu aka terkeluar kan..tapi tak sangka bole tu patah balik masuk gol..DASYAT GILA!!!..x tau nak habaq apa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. penjaga gol confius tu..

      Delete
    2. Tu tak tahu la..boleh lagi ke tidak Dia sumbat gol macm tu..kalau dia boleh sumbat lagi next game..memang CAYALAH!!

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.