Friday 19 February 2016

Nur Syazana Seiras Nur Fazura

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni ternampak di muka depan Harian Metro ada tajuk Rezeki Seiras dan ada satu gambar gadis muda ni.. Sekali imbas macam tahu seiras siapa.. Nur Fazura ada.. Shera Aiyob pun sebab bertudung kan.. Lepas baca memang confirm seiras Fazura.. Fokus utamanya ialah rezeki gadis yang nak masuk umur 18 tahun ni.. Bila tertulis rezeki dia mencurah-curah di usia yang muda, alhamdulillah.. Kalau dia pandai manage, mesti berguna pada dia di hari muka nanti.. Rezeki susah nak dijangka.. Tetapi, usaha tu tetap kena ada.. Rezeki tak kan datang bergolek kan..

Selepas google, rupanya ada entri-entri pasal Nur Syazana ni rupanya.. Bermula dengan Nur Fazura komen di instagram Nur Syazana dan orang mula tahu.. Follower instagram dia terus melonjak macam artis dah.. Dari situ rezeki dia bermula dengan mendapat tawaran jadi duta.. Buka satu dua produk, tetapi tujuh ya.. Semua tu untuk pakaian muslimah dan penjagaan kesihatan.. Tak mustahil lepas ni jadi pelakon pulak ni.. Sekarang ni kan banyak muka baru bertudung jadi pelakon.. 


#Nur Syazana di orang Kelantan rupanya

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.