Monday 1 February 2016

Penafian | Suhu Sejuk Dijangka Melanda Malaysia


Assalamualaikum w.b.t.. Di akhbar hari ni melaporkan bahawa Musim Sejuk Seperti Kota London Bakal Landa Malaysia adalah sebenarnya tidak benar.. Baru sekejap tadi, di laman facebook Malaysian Meteorological Department telah mengemaskini satu status bertajuk SIARAN MEDIA : PENAFIAN MENGENAI SUHU SEJUK YANG DIJANGKA MELANDA NEGARA.. Semua ni berikutan laporan berita yang dikeluarkan oleh akhbar Kosmo.. Mana la agaknya wartawan Kosmo ni dapat berita kan.. For sure la ramai yang akan percaya sebab cetakan akhbar yang isukan berita.. 


Dalam akhbar berkenaan melaporkan rakyat di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak bakal menikmati cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di kota London apabila suhu di negara ini dijangka turun sehingga 20 darjah Celsius sepanjang bulan Februari ini.. Berikutan membaca berita berkenaan, ianya mungkin benar jika diingatkan semula apa yang berlaku di Kuala Krai sebelum ni.. Cuaca memang sejuk.. Tapi akhirnya dinafikan oleh pihak rasmi..

1 comment:

  1. Hahaha tu la, ramai yang tweet cakap Malaysia nnti sejuk.Kuasa Allah kan.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.