Friday 12 February 2016

Adam Fitri | Lebih Aktif

Assalamualaikum w.b.t.. Gelagat anak perempuan dengan anak lelaki semasa membesar, memang berbeza.. Alhamdulillah Allah bagi peluang pada kami untuk merasa menjaga anak lelaki dan anak perempuan.. Rasanya semasa membesarkan Zara Faleesya di usia Adam Fitri, sangat berbeza.. Adam Fitri lebih cepat bergerak untuk explore semua tempat dan barang yang ada.. Kalau boleh, semua pelusuk rumah dia nak pergi.. Tak kira bilik tidur, bilik air dan kotak-kotak serta ruang yang ada.. Gambar yang di ambil ini adalah yang terbaru.. semalam.. 


Kotak ni kami letak di penjuru luar bilik No.2.. Kakak Zara yang bukak kotak tu untuk ambil bear bear dia.. Sekali nampak Adam terus ke situ dan cuba bangun dengan menggagahkan tangan untuk berdiri walaupun Adam sendiri tak boleh berjalan lagi sebenarnya.. Nampak dari gaya, kalau dia mampu, memang dia nak cuba masuk sendiri dalam kotak tu.. Tapi Papa ni rasa kesian dan terus angkat letak dalam kotak.. Main-main punya main sampai la dia bosan.. Terus merengek nak keluar.. Bila keluar, terus ke tempat lain pula.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.