Saturday 13 December 2014

Kerja, Assignment. Final Exam, Family


Assalamualaikum w.b.t.. Niat nak update entri awal pagi tadi tak terlaksana sebab masuk je office, terus buat kerja kerja kerja.. Hehe.. Sampaikan breakfast pun di'skip'kan oleh diri sendiri.. Alhamdulillah, pukul 1 tadi baru dapat luang makan nasi.. Hilang la 'kebulur' tu.. Alhamdulillah.. Sekarang masih lagi dalam tempoh lunch break..

Kalau siapa ke instagram erazfadli, sure nampak gambar di atas tu.. Eraz dah letakkan caption 'blackout'.. Sebenarnya dah dua kali office ni blackout.. Tak tahu kenapa.. Semalam salah satu bilik siap keluar asap lagi sebab di bahagian lampu tu hampir terbakar.. Pelik betul sehari dua ni.. 

Kerja then assignment.. Semester ni kena siapkan empat assignment.. Alhamdulillah satu dah complete.. Yang kedua tinggal nak edit je.. Yang ketiga dan keempat, kena submit by 22 Disember ni.. Sempat la kot.. Pening samada nak siapkan assignment or study untuk final exam.. Tapi terpaksa pilih study final exam sebab esok dah mula exam.. Ahad, Isnin dan Khamis merupakan paper Eraz semester ni.. Good Luck untuk diri sendiri..

Balik rumah, Eraz akan pastikan Zara tidur dulu, baru lah Eraz akan mula buat assignment dan study untuk final exam.. Kalau dia ada depan mata, memang tak jadi la.. Memang rasa nak g main dengan dia je.. Hehe.. 

8 comments:

  1. teruskan usaha..ala gambar gelap lah eraz ...)

    ReplyDelete
  2. Assalamuallaikum sahabat. Jom join segmen dari blog saya :) http://www.jomkenalislam.my/2014/12/segmen-review-blog-oleh-jom-kenal-islam.html

    ReplyDelete
  3. Good luck exam... Semoga dipermudahkan :)

    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete
  4. Gudluck eraz...

    ReplyDelete
  5. Goodluck eraz. Moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Bersusah-susah dahulu. Bersenang kemudian..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.