Monday 8 December 2014

Bila dapat panggilan mesyuarat di hari cuti ..


Assalamualaikum w.b.t.. Apa perasaan anda bila hari korang dah apply cuti, dah approve dan tiba-tiba dipanggil untuk meeting..? Haaaa.. Dalam keadaan yang happy-happy pun boleh jadi suram kan.. Ya la, kalau dah dapat cuti, mesti la ada plan tersendiri kan.. Bukan duduk saje-saje.. Macam Eraz sendiri, kalau ada staf yang sedang bercuti, jika berlaku apa-apa perkara yang melibatkan tugas hakiki beliau, nak call tanya tu berfikir 4, 5 kali sebab risau mengganggu.. Kecuali yang betul-betul urgent..

Bos, kita kadang-kadang tak boleh baca apa yang difikirkan mereka.. Mungkin pengalaman dan banyak.. Umur pun berbeza.. Keadaan keluarga yang berbeza.. Cara hidup yang berbeza.. Kan.. Kita ni, umur pun boleh kata muda lagi, baru set-up family, cuti pun susah, cuti selalu diganggu.. Jadi memang memerlukan cuti yang 'aman'..

Bila dah cuti, nak la luangkan masa dengan anak, isteri dan family yang mungkin memerlukan 'pemerhatian' kita.. Fuh! Serius memang stress kalau ada benda yang mengganggu masa cuti.. Itu yang kadang-kadang, handphone tu susah sikit nak berjawab kalau cuti.. Malas serabutkan kepala.. 

4 comments:

  1. kalu sy cuti pasti sy silent atau off kan hp :)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Eija..bila cuti off saja enpon tu..suami saya buat gitu je..

    ReplyDelete
  3. Hehehehe..jalan selamat tu. On9 pun jgn,takut dia cari kita kat akaun sosial pulak.

    ReplyDelete
  4. Off phone full stop.. Aman dunia..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.