Thursday 13 December 2012

Datuk K, Suami Dato' Siti Nurhaliza Cedera Kemalangan

Datuk K, Suami Dato' Siti Nurhaliza Cedera Kemalangan di New Zealand

Datuk K, Suami Dato' Siti Nurhaliza Cedera Kemalangan di New Zealand

Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Tadi tertengok di Blogger Dashboard tentang entri terbaru Lulu Pages.. Terus terjah Utusan Malaysia Online sebab ada berita tentang Datuk K cedera kemalangan di New Zealand.. Keadaan Datuk K nampaknya stabil..

BANJARMASIN 13 Dis. - Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

"Doakan suami saya beransur pulih," kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia di sini.

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa. - UTUSAN

6 comments:

  1. la ingtkn Datuk CT pun eksiden jgk..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. owh..patotlah dia tak dapat meneruskan konsertnya..
    tertanya apa2xla yang mneyebabkan siti batal konsert siap post kat twitter..

    ReplyDelete
  3. harap semuanya baik-baik belaka. Amin -> (peminat CT) HEHE..

    ReplyDelete
  4. harap datuk K tak alami kecederaan yg serius......

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.