Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 5 April 2016

Zara Bawa Handbag Mama ke Nursery?

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semalam dah kali kedua Zara minta nak bawa handbag Mama ke 'sekolah'.. Zara memang dari dulu sebut nursery tu sekolah.. Masa mula-mula Zara bawa ke nursery, memang semua kakak-kakak senyum je nampak.. Tapi masa nak balik, Zara hampir terlupa dah nak bawa balik.. Sib baik Papa ingat.. 

Tapi kali kedua, memang kakak-kakak kat situ dah biasa.. Siap usik-usik lagi.. Kali ni, memang Zara ingat je handbag dia tu.. Bila dah bawa handbag tu, memang sebijik macam Mama dia la.. Bab nak makeup macam pakai gincu pun dah pandai.. Kadang-kadang minta nak pakai sendiri.. Kadang-kadang ok je Mama dia pakaikan.. Tapi bukan selalu la..



Insyaallah bulan Julai ni Zara akan genap masuk 3 tahun.. So bermula tahun 2016 ini kami dah nak daftarkan Zara ke tadika.. Sebabnya dah nampak dari tahun lepas, dia memang cepat belajar.. Bilang no. 1, 2, 3 sampai 10 dah boleh.. Banyak jugak la perkembangan positif.. 

So memang rugi kalau tak hantar ke tadika awal-awal.. Walaupun kos akan bertambah dari nursery ke tadika, demi anak, tak de hal la kan.. Bab bercakap memang tak payah nak cerita la.. Mulut tu macam bertih jagung.. Tapi satu je, Zara ni mungkin pemalu sikit.. 

11 comments:

  1. dah besar zara ye. semua nk tiru mama je ..alhamdulillah kalau dh tunjuk minat nak belajar masukkan aje dia ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Tahun depan memang dah decide nak hantar tadika..

      Delete
  2. hehehe comel je zara.. dah rasa mcm org besar kot nak pakai beg mama, make up mcm mama.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Walaupun umur tak masuk 3 tahun pun lagi.. Hehe..

      Delete
  3. Amboi! Lpas ni mmg nk kne beli kt dia handbag 1 tu ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak yang lain.. Nak yang Mama jugak..

      Delete
  4. Replies
    1. Kuat melaram sekarang ni.. Hehe..

      Delete
  5. hamboii anak dara.. hehehee.. cepat dapat menantu ni..jangokkksss

    ReplyDelete
  6. comel je jalan sangkut handbag heheheh

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.