Monday 11 April 2016

Gempak SuperStar | Sangat Mengecewakan !!!

Assalamualaikum w.b.t.. Promo demi promo di buatoleh pihak Astro untuk menarik perhatian ramai.. Yes, rasanya memang ramai yang tertarik dan rasa nak tengok apa akan berlaku pada Konsert Pertama Gempak SuperStar ni kan.. Boleh lawan Gegar Vaganza ke? Pelakon kot menyanyi.. Ok.. Dalam kepala, ini program nyanyian kan.. Tanpa tahu apa konsep sebenar program ni, tengok la dulu apa jadi..

Tapi tidak seperti yang disangkakan.. Ingatkan ianya akan menjadi satu program yang akan ditonton lagi minggu depan.. Tapi bermulanya program Gempak SuperStar ni, pengacara dah buat kita rasa, alahai.. Nama besar dalam dunia lakonan, Sharnaaz Ahmad dan Scha Al-Yahya.. Tapi serba tak kena.. Program siaran langsung, memang akan menampakkan mereka tak bersedia.. Nak cepat itu satu hal.. Sampai potong itu ini, tersasul dan lain-lain..


 
Pengacara adalah salah satu peranan penting untuk satu-satu program.. Tambah-tambah lagi kalau program itu LIVE.. Kalau program kurang best, tapi pengacara tersangat best, orang tengok program tu sebab nak dengar celoteh dan apa akan mereka lakukan.. Walaupun over run, kalau pengacara itu pandai cover, penonton selesa.. Tapi untuk Gegar Vanganza, maaf.. Apa-apa pun, gandingan Nabil Ahmad & Jihan Muse masih tiada tandingan!! Peace.. #Sorry #GempakSelebriti

Bermula dengan pengumuman juri tetap dan juri undangan yang macam tak suprise langsung, boleh la dimaafkan.. Then bila juri memberi komen jujur mereka, perlu ke ada orang back up selepas itu.. Kan dah terbantut komen mereka.. Program ni dah jadi macam program AF dah.. Tiba-tiba rasa macam tak faham apa konsep sebenar program ni.. Dato' Ramli MS sepatutnya salah seorang juri bukannya belakang tabir kot.. Sebut pasal konsep, terus jadi tak faham bila peserta pertama, Arja Lee membuat persembahan..

Bermula dengan sketsa macam teater, dalam kepala berfikir, oooo.. Ini cara Arja pilih untuk memulakan nyanyian.. Takpe la.. Next, Dazrin.. Eh! Drama juga mula-mula.. So sampailah ke peserta terakhir, Izreen la yang memulakan persembahan dengan lakonan.. Ok.. Mereka pelakon.. So memang sehingga ke final akan mulakan dengan lakonan la ya? Boring.. Dari situ memang dah tak tahu apa konsep program ni.. Dan perlu ke sebenarnya program ni? Dah macam program Audition terbitan NTV7 dulu-dulu kala.. Yang berbez hanyalah program Gempak SuperStar ni ialah pesertanya dah superstar dalam lakonan tapi untuk Audition tu baru semulanya..

Mungkin program ni diwujudkan untuk suka-suka sahaja.. Tak fokus pada nyanyian.. Tak fokus pada lakonan.. Sekadar mengisi masa penonton di malam Ahad.. Tahap nyanyian, walaupun mereka pelakon, ini pertandingan kot.. Faham-faham je la.. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada sorang dua yang betul-betul boleh menyanyi.. So harapnya mereka la menang..

Memang program kosong untuk Minggu Pertama ni.. Minggu Kedua nak tengok lagi ke? Kalau tengok pun mungkin ulangan atau yang telah direkodkan.. By the way, good semula dan harap boleh improve.. Sangat-sangat kecewa.. Bagaikan indah khabar dari rupa.. Wassalam..

10 comments:

  1. setuju sgt dgn pandangan sdra...

    ReplyDelete
  2. pernah tengok citer Audition tu kat NTV7 dulu...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Takpe, tak rugi sebab tak best sangat.. Haha..

      Delete
  4. Fida memang tak takkan tengok..Sebab rumah memang tak pasang astro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, tak rugi sebab tak best sangat.. Haha..

      Delete
    2. tak suka sgt Astro ni..Byk kekurangan daripda kelebihan

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.