Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 6 April 2016

Hari Bersama Juliana Banos

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dari dulu lagi suka dengar lagu Juliana Banos ni.. Bermula dengan Mana Satu, Tiap Detik, Cinta Gila, Sehidup Semati, Satu, Obsesi, Sayang dan lain-lain.. Tiba-tiba bila dah lama tak dengar, di radio main pulak lagi Tiap Detik.. Hari tu, dua hari berturut-turut kot dengar dalam kereta.. 

So semalam di office, buka Youtube, search lagu-lagu Juliana Banos then on je sehari.. Tapi lagu bertukar-tukar la.. Tak de la pasang satu lagu je kan.. Suara dia memang lain dari penyanyi lain.. Kalau dengar, memang tahu itu lagu dan suara Juliana Banos.. Tambahan pula kebanyakkan lagi dia dari KRU.. Memang lain dari yang lain la kan..


Dalam masa yang sama, Eraz ada naikkan satu status di Facebook "Hari ni turn dengar lagu Juliana Banos.. Cinta Gila, Mana Satu, Tiap Detik, Satu, Sayang, Obsesi, Sehidup Semati dll.. Mana agaknya Juliana Banos sekarang? Tak nak masuk Gegar Vaganza ke? Haha.. ‪#‎JulianaBanos‬".. Ada yang respon katanya Juliana Banos sekarang ada di Johor dan ada butik.. Sedia maklum yang suami dia tauke jual kereta.. 

Try juga google Instagram Juliana Banos, tapi tak de.. Memang dia tak aktif langsung media sosial.. Terfikir juga kot-kot kalau dia nak buat comeback, memang sesuai la masuk Gegar Vaganza kan.. Salah satu platform artis lama sekarang.. Berlakon? Banyak juga dia berlakon dulu.. Antaranya Gerak Khas The Movie 2, Gila Gila Pengantin Remaja dan banyak lagi kan.. Apa-apa, walaupun di tahun 2016 ni, lagu-lagu lama masih lagi aktif didengarkan di Youtube.. 

Tak pernah dengar? Try la search di Youtube.. Memang akan jumpa.. Lirik lagu yang paling best sekali di dengar dan boleh bagi inspirasi ialah lagu Satu.. Try baca lirik lagi tu di SINI.. Kalau cari kat Youtube, takde.. Kena search google.. Maybe akan jumpa MP3..

3 comments:

  1. Thank you for sharing in this article
    I can learn a lot and could also be a reference
    I hope to read the next your article updates

    [-] KLG

    ReplyDelete
  2. suka dengan kebanyakan artis yang menceburi bidang perniagaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai artis sekarang dah pandai buat aset..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.