Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 11 April 2016

Chapter Cafe Kota Bharu

Chapter Cafe Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dah lama wife sebut pasal Chapter Cafe ni.. Katanya dalam facebook ada ternampak satu menu berasaskan Soft Shell Crab.. Eraz memang penggila Soft Shell Crab ni.. Tapi selalu makan Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk di restoran yang terpilih la.. Tapi di Chapter Cafe, antara yang popular ialah Soft Shell Crab Burger.. Ok.. Satu menu yang baru.. Kena try ni.. So lepas beberapa hari, beberapa minggu dan sampai beberapa bulan ke ek, lupa dah, akhirnya kami sampai semalam selepas balik kerja.. Bawa anak-anak sekali.. Kira dinner terus la.. Haha..

Chapter Cafe Kota Bharu
Chapter Cafe Kota Bharu

Google mana tempat Chapter Cafe ni.. Betul-betul di bandar Kota Bharu ke? Tapi bukan.. Rupanya di kawasan Wakaf Mek Zainab.. Still Kota Bharu tapi bukan betul-betul di pusat bandar.. Bagi yang tak biasa jalan kat situ, memang kena guna waze atau map la.. Betul-betul di round about kawasan tu.. Alhamdulillah, sebab dah boleh agak tempatnya, so tak susah la nak carik bagi bagi..

Tempat memang cantik.. Salah satu tarikan Chapter Cafe ialah design cafe nya.. Memang menarik perhatian.. Tak kira budak-budak muda dan orang dewasa macam kami ni, memang rasa nak stay situ lama la.. Tapi kalau bawa anak kecil macam Adam dan Zara, terhad la sikit dengan sambil makan, nak kena kawal anak yang sedang nak membesar tu kan.. Kalau pergi 'bujang', rasanya memang selesa la.. Layanan pekerja juga sangat baik.. Kawasan parking sangat terhad tapi tak de masalah.. Semalam kami dapat parking depan-depan kot.. Hehe..

Chapter Cafe Kota Bharu
Chapter Cafe Kota Bharu

Ok! Ini sangat penting bagi kami.. Bila nama cefe, memang kami mengharapkan menu mereka terbaik dan kualiti yang baik.. So disebabkan Eraz memang peminat setia Soft Shell Crab, so Eraz order Soft Shell Crab Burger untuk diri sendiri dan wife order Fish & Chips.. Anak-anak, share je la sebab mereka tak makan banyak dan di nursery pun baru lepas makan.. Air? Chocolate (Cold) dan Green Tea (Cool).. Air kosong biasa boleh ambil je.. Percuma..

Soft Shell Crab Burger
Soft Shell Crab Burger

Sedikit kekecewaan dari kami bab makanan.. Pandangan pertama tentang cara hiasan apa semua, memang sangat simple.. Biasa sahaja.. Takpe, kalau rasa sedap, tak de hal la.. Tapi bila makan, kategori makanannya biasa-biasa sahaja.. Bila makan, rasa macam tak de feel.. Terus rasa kecewa tapi still makan la sebab dah bayar hampir RM 50 kan.. Hehe.. Expectation kami sangat tinggi berdasarkan entri-entri di blog sebelum ni yang memperkenalkan Kafe Moden yang ‘Hipster’ Di Kota Bharu.. 

Fish & Chips
Fish & Chips

Akhirnya kesimpulan yang kami buat, semuanya ok tapi bila sampai bab rasa makanan, alahai.. Sorry.. Pergi untuk kali kedua? Errrmmmm.. Masih dalam pemikiran.. Rasa menu lain ke? Errrmmmm.. Tengok la macamana.. Pada yang masih belum sampai, boleh pergi then komen la di entri ni apa korang rasa.. Mana tahu ada menu yang best kan.. Wassalam..

6 comments:

  1. Replies
    1. Kalau dah pergi, komen balik sini k.. :)

      Delete
  2. Diaorang kena belajar lagi cara presatition dan bagi sedap lagi..Tak pe..Nanti bulan 5 nak balik sana sat..bolehlah ajak suami try makan..Mana tau.kot2 la dah update

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.