Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 21 April 2016

Gino Pizza Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Gino Pizza dah lama kot buka di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu ni.. Tapi disebabkan belum tergerak hati ke sana, so tak sampai la kiranya.. Tapi baru-baru ni wife ada sebut sekali lagi pada Gino Pizza ni.. Selalu Pizza Hut atau Domino Pizza.. Tapi apa salahnya sekali ni kita try dulu macamana rasa Gino Pizza pula kan.. Mana tahu tertarik daboom kan.. So petang lepas balik kerja, terus angkut semua termasuk Zara & Adam ke Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu tu.. 


Masa kami sampai tu, belum ada orang lagi.. Kosong.. Tapi lepas seketika, ada la tiga family pula sampai.. Sebab first time, memang banyak tanya sikit la pada staf yang ada.. Mana yang best apa semua kan.. Ya la, first time datang, mesti la nak yang terbaik kan.. So menu wajib adalah pizza la.. Sebab dua orang je dewasa, memang dah plan tak nak membazir.. Jadi lepas bincang-bincang kami pilih yang seafood punya.. Rasa? Sedap.. Tak rugi la kami ke sini..


Masa belek-belek menu tu, terjumpa pula Choco Bread Stick pula.. Dah memang penggila Chocolate, so terus terkeluar dari mulut order satu.. Yang sampai pertama sekali ialah air.. Then Choco Bread Stick ni.. Sebab masa tu turn Eraz pegang Adam dan wife layan Zara, sempat la kunyah satu dulu.. First time rasa juga so ok la.. Boleh la order lagi tapi kalau request chocolate lebih boleh tak? Haha..


Settle semua makan bila nak pergi bayar tu, tak terkejut la., Sebab biasa dengan harga Pizza Hut dan Domino Pizza.. So Gino Pizza ni boleh dikatakan lebih berpatutan.. Yang paling penting, kami sekeluarga happy dan tiada masalah sepanjang makan di situ.. Alhamdulillah.. Insyaallah lepas ni boleh pergi lagi dan try menu pizza yang lain..

7 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.