Thursday 14 April 2016

D' Bayam Food Village ( Chim Chum )

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam merupakan kali kedua kami ke D' Bayam Food Village ( Chim Chum ) ni.. Sebenarnya dari dulu lagi kami duk panggil restaurant ni Chim Chum je.. Kali pertama dulu masa Zara Faleesya masih dalam perut Mama dia.. Tapi kali ni Adam Fitri dah hampir setahun kan.. So memang jauh la jaraknya untuk kami repeat pergi ke sana.. Kali ni pergi sebab memang rasa nak pergi makan steamboat.. Alhamdulillah lepas je solat Maghrib, terus kami ke sana dan kami jadi orang pertama sampai? Orang pertama? Errmmmmm.. Hehe..


Kunjungan pertama kali dulu, keadaannya hampir full house.. Tapi kali ini menjadi orang pertama.. Apa-apa pun, kami jalankan je la tugas kami sebagai pelanggan kan.. Yang diserang mula-mula semestinya sea food yang ada macam sotong dan udang.. Sotong favourite Eraz.. Udang favourite Zara.. Mama dan Adam mula-mula pergi ambil nasi goreng dan kuey teow goreng untuk bagi pada Zara dulu.. Kasi kenyang dulu.. Adam pula kami ambilkan bubur nasi kosong..

Untuk steamboat memang banyak pilihan.. Macam sotong, udang, ayam black paper, ayam spicy, daging, bebola ikan dan ada 5,6 jenis lagi la.. Makanan lain macam laksa, somtam, buah-buahan, ABC dan lain-lain juga.. Tak mampu nak listkan semua.. Yang pasti, memang kami tak sempat nak makan semua sebab cepat kenyang dan bila bawa anak kecil macam Adam, terhad la sikit kan.. Kebetulan pula Adam tidur masa tengah-tengah makan.. Panas sikit kan. Berpeluh la budak kecik tu..

Paling seronok kami tengok, Zara Faleesya la.. Bermula dengan makan nasi goreng, lepas tu dia habiskan bubur nasi Adam dan tambah lagi sikit.. Dia makan udang-udang yang Eraz bakar.. Air tak payah nak cakap la.. Memang puas hati tengok dia.. Bila dan kenyang, dia minta turun dah nak main-main sekitar la.. Adam pula, datang tak tidur, pertengahan jalan tidur tapi bila dekat nak balik, bangun la pula..

Masa kami pergi semalam, harga sekepala RM 22.00.. Dengan harga tu, kami sengaja la ambil jenis makan yang bajet tinggi sikit kan.. Udang memang banyak juga, sotong pun puas hati.. Mula-mula jenis yang kecil.. Lepas keluar yang besar pula.. Dan beberapa lagi la.. Kalau nak dikirakan RM 22.00 tu, memang tak sampai la.. Tapi bila tengok kegembiraan Zara, tak pe la.. Happy kan..

Akhir sekali, kalau kata nak repeat lagi sekali, ok la.. Tak de masalah.. 

6 comments:

  1. kalau p makan steamboat, perut mmg kena kosong pastu mkn biar berbaloi baru puas.. utk zara tank kecik je takpaa hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan.. Perut kosong, baru untung.. Hehe..

      Delete
  2. kalau nk mkn berbalaoi kena simpan perut di siang hari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai terlajak lapar nanti.. Hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.