Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 6 April 2016

Bila Bawa Si Kecik Shopping Barang Dapur

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau masa bujang dulu, selalu ajak Ma keluar lepas kerja atau hari cuti untuk shopping barang dapur.. Ya la sebab dulu, walaupun dah kerja, masih tinggal dengan Ma dan Abah walaupun kena drive setiap hari untuk pergi balik kerja lebih kurang 2 jam jugak la untuk pergi dah balik.. Selalu keluar gelap, sampai rumah pun dah nak gelap atau memang dah gelap.. Haha..

Bila dah kahwin, try untuk hidup sendiri.. Jadi buat keputusan untuk tidak tinggal bersama Ma Abah atau keluarga mertua sebab inginkan berdikari.. So banyaknya shopping barang dapur bersama isteri je la.. Dengan Ma masih diteruskan jika hari cuti dan masa pulang ke kampung.. Hari lain, adik ambil alih.. So masa belum ada anak, senang la nak bajet masa untuk beli belah barang dapur kan.. Cepat, pantas dan sebagainya la sebab selalunya memang wife dah siap list barang apa nak di beli..


Tetapi, bila dah ada anak dan terutamanya bila ada ada yang dah besar sikit seperti gambar di atas, meamng susah nak beli barang dapur.. Sibuk je nak pegang troli la, bakul la.. Tak kisah la bakul tu berat ke, ringan ke, mesti nak pegang dan tarik jugak.. Kalau cuba nak ambil, mula la nak merajuk tapi tidak buat hal menangis ke apa la.. So kadang-kadang terpaksa ambil duk bakul la..

Kalau dulu shopping barang dapur sekali gus banyak, tapi kalau bawa anak, kena la beli sikit-sikit sebab susah kan.. Kalau perlu juga beli banyak-banyak, terpaksa pilih hari anak di rumah mertua atau pergi sebelum ambil anak kat nursery.. Kalau siapa-siapa alami situasi macam kami, memang faham la kan..

Tapi sebenarnya jalan-jalan shopping dengan anak ni memang seronok.. Cuma make sure masa tu memang betul-betul serius nak beli barang keperluan.. Mungkin masa tu hanya nak beli beberapa barang penting dan sampai bawa anak jalan-jalan.. Yang penting ialah anak happy sebab boleh keluar bersama Mama Papa dan kita sebagai Mama Papa pun happy tengok anak happy.. Jadi pandai-pandai la adjust ok!

2 comments:

  1. risiko bawak anak satu jer..masa nak bayar...tup2 tgk ada barang mainan dlm bakul..hahaha..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.