Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 20 April 2016

Belasah Pulut Durian Di Tengah Malam !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya hari Ahad lepas, masa on the way dari Machang ke Kota Bharu, banyak betul nampak kedai-kedai buat buah dah mula jual durian kan.. Bila terbayangkan isi durian tu, rasa macam nak singgah je terus beli sebiji kan.. Tapi fikir-fikir, kalau beli dan bawa balik sebiji je rumah, confirm tak habis.. Eraz sendiri pun makan banyak pun.. Selain Eraz, ada wife je.. Dia pun tak makan banyak jugak kot.. Zara Adam, kecil lagi kan.. So lupakan hasrat tu dulu.. Mungkin lepas ni boleh in case la nak balik rumah mertua atau rumah Ma Abah..


Tapi tup-tup semalam masa singgah satu kedai tu, ada jual pulut durian.. Kira macam sesuai la kalau tak makan banyak kan.. Beli satu paket, ada pulut, seketul durian besar dan santan.. Alhamdulillah.. Tertunai hasrat nak makan.. Beli satu je sebab dah tahu pulut ni cepat kenyang kan.. Lagipun dinner nanti ada nasik.. Kira macam nak makan lepas dinner la..

Sekali lepas dinner, rest sekejap sebab nak tidurkan Adam.. Then Zara pulak tidur.. Masa tu Pulut Durian tu dah tersedia masuk dalam pinggan.. Masa nak tidurkan Zara tu, sekali dengan kami-kami tertidur.. Hehe.. Tapi nasib masih menyebelahi Eraz, terbangun pukul 12 lebih dan cuba rasa, santan tu belum basi.. Kalau basi, nak belasah durian je.. So terus la belasah sorang-sorang.. Sebab sedap, memang habis.. 

Tapi lepas makan, memang confirm 200% kena gosok gigi.. Giler berbau kan.. Apa-apa pun, puas hati! Harga? RM 6 satu.. Ok la sebab makan habis.. Hehe..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.