Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 14 April 2016

Rambut Adam Fitri Dah Panjang!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Masa dapat anak sulung perempuan a.k.a Zara Faleesya, tak fikir sangat pasal nak gunting rambut.. Sekarang pun, Mama dia je yang 'service' sendiri rambut Zara.. Tapi berlainan bila dapat anak lelaki.. Papanya kena fikirkan bila tiba masanya untuk gunting rambut Adam.. Masa Adam baru lahir dan dalam masa tertentu nak botakkan kepala, boleh la Papa buat kan.. Dah ada rambut ni, nak gunting berfesyen ke apa, mana la Papa pandai kan.. So kenalah pergi kedai gunting kan.. Alahai.. Menangis ke Adam nanti?


So setakat hari ni belum cuba bawa lagi Adam.. Samada menangis atau tidak, Eraz tak pasti la.. Kebanyakkan membaca entri rakan-rakan blogger dan status di media sosial, ramai anak yang menangis dalam pengalaman pertama nak gunting rambut di kedai.. Bila fikir, adakah Adam macam tu kan.. '

Kalau masih bertahan tak pergi gunting rambut, kesian juga pada dia kalau dah pandai.. Sekarang dah umur 11 bulan dan baru sekali je Eraz botakkan kepala Adam.. Lepas tu tak de gunting-gunting rambut lagi.. Sekarang tengah fikir macamana cara nak bagi Adam selesa dalam tempoh nak gunting rambut tu.. Anak Papa pun nak hensem juga kan.. Kalau rambut panjang sangat, kesian juga pada dia.. 

Siapa pernah buat entri pasal perkara ni? Share la link kat komen.. Nak terjah baca.. Mana tahu tips korang boleh di apply kan pada Adam Fitri kami kan.. Peace..

6 comments:

  1. Semoga Adam tak nangis nanti ya

    ReplyDelete
  2. Budak yg pertama kali g kedai gunting rambut mesti nangis..Terkejut dia tengok gunting duk potong kepala dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Rasa-rasanya macam tu la nanti..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.