Monday 25 April 2016

Jihan Muse Penyelamat Konsert Gempak Superstar Minggu 3

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi baru buat entri pasal Jihan Muse.. Ini muncul lagi.. Takpe la, jarang-jarang berlaku..Minggu lepas memang tak buat review tentang Konsert Gempak Superstar.. Sebabnya? Sebab betul-betul mengecewakan.. Tapi minggu ni memang tengok dari awal sampai habis sebab ada satu tarikan dari pengacara gantian Scha Al-Yahya iaitu Jihan Muse.. Tak tahu pun yang Jihan akan mengantikan Scha untuk minggu ke 3 ni.. Memang tak on pun channel 123.. Tapi bila kat group whatsapp cakap Jihan pengacara malam ni, terus tukar channel.. Bermula dari awal sampai habis, memang berbeza suasananya dari minggu pertama dan kedua..


Jujur lagi, memang Eraz tak tengok persembahan peserta kecuali Sherry Ibrahim sebab dah tahu.. Disebabkan memang rekod dan ada ketika pause sebab Zara nak tengok Super Wings, so bila play balik, memang boleh forward ketika persembahan.. Komen juri, memang tengok sebab nak tahu apa mereka kata walaupun tak tengok persembahan.. Celoteh pengacara pun sama, tengok juga.. Kan baik kalau Jihan Muse dikekalkan terus kan.. Tapi itu mustahil.. Scha kena betul-betul buat yang terbaik untuk minggu depan..

Siapa tersingkir? Ok la Eraz cerita sikit.. Nampaknya Tasha Shila tersingkir minggu ni sebab memang mendapat kritikan yang teruk dari Kak Ogy.. Selain tu. Elizad pun sama kena kritikan pedas.. Tapi disebabkan mungkin undian SMS tinggi, so dia terselamat.. Program ni kan 50% undian sms dan 50% markah juri.. Next week tengok ke? Errrmmmmmm...

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.