Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 7 April 2016

Dilwale Dinobatkan Filem Paling Teruk di Anugerah Golden Kela

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak kemunculan trailer filem Dilwale ni, memang ramai giler yang menonton dan memberi komen positif.. Ya la, gabungan Shah Rukh Khan dan Kajol kot.. Memang dinantikan oleh semua peminat mereka selepas kejayaan filem-filem sebelum ni.. Selepas ditayangkan, pun sama.. Memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bagi rakyat Malaysia.. Watak Shah Rukh Khan dan Kajol memang telah menenggelamkan dua watak utama yang lain.. Lagu? Pun sama.. Dua lagu yang di miming kan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol menjadi popular..

Tapi itu semua di Malaysia.. Di negara mereka atau seluruh dunia umumnya macamana? Dalam masa yang sama, filem hebat dari Bollywood pun ditayangkan pada masa yang sama iaitu Bajrangi Bhaijaan.. Selain daripada itu, memang ada isu-isu lain juga yang malas Eraz nak taip.. Haha.. Then tup tup baru ni wife ada beritahu yang filem Dilwale telah mendapat anugerah Filer Terburuk! Memang kena penangan hebat la produksi filem Dilwale kan.


Dilwale telah dinobatkan sebagai Filem Paling Teruk di Anugerah Golden Kela.. Anugerah Golden Kela boleh dikatakan lebih kurang Anugerah Razzie di Hollywood.. Bila dah dapat anugerah itu, memang menjadi perhatian dunia la sebab filem yang ditunggu oleh ramai orang seluruh dunia kan.. Tapi untuk anugerah Pelakon Lelaki Terburuk dan Pelakon Wanita Terburuk tu bukan milik Shah Rukh Khan dan Kajol la.. Lakonan mereka memang hebat la kan tapi mungkin sebab produksi yang tak kena, keseluruhan filem la yang kena..

Pada mula kemunculan filem Dilwale ni, ingatkan filem tu produksi yang sama dengan filem hebat Shah Rukh Khan dan Kajol yang lain dalam Kuch Kuch Hota Hai ke, Kabhi Khushi Kabhie Gham ke, Dilwale Dulhania Le Jayenge ke kan.. Tapi berbeza.. Apa-apa pun, apa berlaku lepas ni? Ada lagi ke tidak gabungan filem mereka lepas ni? Tunggu dan lihat sahajalah ya wahai peminat Shah Rukh Khan dan Kajol..

6 comments:

  1. maybe diaorang kena buat jalan cerita seperti dulu..dan warna filem tu sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna sangat warna warni kan.. Hehe..

      Delete
  2. Pelakon ok tapi cite ntah ape2.. Xde plot yang mantap pun.. Harapkan lagu jer best... Bajrangi Bhaijan tu lagi ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, dengar nya jalan cerita tak best kan..

      Delete
  3. dengar cerita SRK pulangkan duit balik sebab terkesan dengan filem ni
    http://www.budakpacak.com/2016/03/popcorn-paling-sedap.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.