Friday 3 July 2015

Adam Fitri dah berubah menjadi Macho !

Assalamualaikum w.b.t.. Ramai yang sedia untuk 'botak'kan kepada anak mereka yang baru lahir.. Tapi ramai juga yang minta tolong orang tolong cukur.. Mungkin sebab takut dan risau akan mencederakan anak tersayang.. So pendapat korang, nak bagi orang lain cukurkan yang mana kita tak tahu dia apa akan berlaku lepas tu atau korang nak take risk untuk buat sendiri yang mana for sure kita akan lebih berhati-hati kan.. Then..

Alhamdulillah.. Adam Fitri berjaya dibotakkan oleh Papanya sendiri.. Ini bukan gambar hari ni.. Rasanya dah hampir dua minggu kot Adam botak.. Hari ni dah naik dah rambut sikit-sikit.. Mula-mula memang rasa gerun dan takut tu ada sebab kulit kepala baby kan lembut.. Nama pun baby, memang lebih extra berhati-hati lah.. Lepas tu dengan berhati-hati dengan ubun kepala.. Sebab masih lembut..

Berapa lama biasanya korang ambil untuk settle kan satu kepala kasi licin? Sesetengah orang mungkin ambil masa yang lama dan mungkin ambil masa yang singkat kalau dah biasa.. Tapi bagi Eraz untuk tak selalu buat ni, 2 jam lengkap complete dengan bantuan wife yang pegang Adam.. 2 jam tu.. Hehe.. Zara masa tu kami berjaya tidurkan.. Adam pun alhamdulillah tak meragam sepanjang Eraz gunting dan cukurkan kepala dia..

Berjaya buat apa yang disunatkan dan dalam masa yang sama, kami simpan rambut Adam tu dan akan pergi timbang di kedai emas untuk disedekahkan pada yang memerlukan.. Itu juga sunat kan.. Macam tak percaya pun ada Eraz dapat buat.. Pada mulanya wife la yang beritahu pasal nak botakkan Adam.. Ingat nak minta tolong sapa-sapa buatkan.. Tapi Adam ada Papa dia, why not try sendiri kan.. 

Sebenarnya selagi tak settlekan plan nak cukur kepala Adam ni, selagi tu rasa tak selesai.. Duk fikir-fikir.. Nak buat awal tapi masa ada luang sikit, mesti ada hal yang menghalang sampaikan la kena p KL untuk urusan kerja.. Sebab tu sampai je KL hari ni, esok terus buat dan tangguhkan semua aktiviti pada hari tu demi nak selesaikan hal Adam ni.. 

So anak Papa ni, dari cute dan comel terus berubah menjadi macho.. Haha.. Takpe kan puji anak sendiri.. So apa pengalaman korang yang boleh dikongsikan dalam hal botakkan kepala anak ni??

SELEPAS

SEBELUM

3 comments:

  1. irine dibotakkan lepas cukur jambul.. cukur rambut , sunat , ngan tindik telinga sekali jalan masa 44 hari.. tp bidan yg cukur semua..x berani nak buat sendiri

    ReplyDelete
  2. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.