Tuesday 6 November 2012

Che' Lah Masterchef Musim 2 : 'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau'

'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau' - Che' Lah Masterchef Musim 2

Siapa boleh tahu yang ayat kat atas tu, siapa yang cakap!! Haha.. Itu la ayat Che' Lah, peserta Masterchef Musim ke-2.. Kalau search kat google, memang banyak dan pelbagai cerita yang diaorang publish tentang Che' Lah.. Bagi aku, Che' Lah merupakan penyeri dalam Masterchef Musim Ke-2 ni.. 

Kalau siapa-siapa yang follow, mesti korang leh katakan ada sesetengah peserta yang memang bermulut tak makan saman.. Berbeza dengan Che' Lah, walaupun gaya dia ramai yang kata gedik, tapi dia buat hal dia je.. Kalau nak tegur orang pun, dengan senyuman.. Terbaru, Che' Lah mengetuai Kumpulan Merah dan menang.. Good Luck untuk Che' Lah! Siapa tak kenal Che' Lah? Baca info di bawah :


Che’ Lah, bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun. 

Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang. Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya. 

Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.. (COPY PASTE ASTROGEMPAK.COM)

3 comments:

  1. yeezaa , sape kate perempuan cantik tak pandai masak , heheheh

    ReplyDelete
  2. ala ayat na gempak . cantik la sgt . bunyi mcm riak jew hahaha (joking)

    ReplyDelete
  3. suka gak tengok che' lah... gedik dia tu kekadang lawak je..he3

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.