Showing posts with label Che' Lah. Show all posts
Showing posts with label Che' Lah. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Che' Lah Tersingkir | Masterchef Malaysia Musim 2 Hilang Seri

Che' Lah Tersingkir | Masterchef Malaysia Musim 2 Hilang Seri


#Top6, 26 November 2012 : Episod Masterchef Malaysia Musim Ke-2 sudah kehilangan serinya pada malam semalam kerana salah seorang pesertanya iaitu Che' Lah telah tersingkir melalui ujian pantas.. Perkataan 'Hilang Seri' itu diucapkan oleh Chef Jo.. Kini Masterchef Malaysia Musim Ke-2 hanya tinggal  orang iaitu Ah Hong, Along, Etiqa dan Izyan..

"Hilang seri Masterchef Malaysia musim ke-2 tanpa Che' Lah" - Chef Jo.. [SUMBER]
"Che' Lah dah buktikan yang orang cantik pun boleh masak" - Chef Adu.. [SUMBER]


Sehingga kini, pada pendapat E'raz, masih tak nampak lagi yang mana satu antara mereka berlima yang akan bergelar juara selepas Dr. Ezani.. Prestasi mereka sama sahaja.. Tapi kebelakangan ini, Etiqa nampak sedikit menyerlah.. Apa-apa pun, satu persatu yang tersingkir akan tersingkir minggu ini..

Read more ...

Tuesday, 6 November 2012

Che' Lah Masterchef Musim 2 : 'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau'

'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau' - Che' Lah Masterchef Musim 2

Siapa boleh tahu yang ayat kat atas tu, siapa yang cakap!! Haha.. Itu la ayat Che' Lah, peserta Masterchef Musim ke-2.. Kalau search kat google, memang banyak dan pelbagai cerita yang diaorang publish tentang Che' Lah.. Bagi aku, Che' Lah merupakan penyeri dalam Masterchef Musim Ke-2 ni.. 

Kalau siapa-siapa yang follow, mesti korang leh katakan ada sesetengah peserta yang memang bermulut tak makan saman.. Berbeza dengan Che' Lah, walaupun gaya dia ramai yang kata gedik, tapi dia buat hal dia je.. Kalau nak tegur orang pun, dengan senyuman.. Terbaru, Che' Lah mengetuai Kumpulan Merah dan menang.. Good Luck untuk Che' Lah! Siapa tak kenal Che' Lah? Baca info di bawah :


Che’ Lah, bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun. 

Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang. Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya. 

Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.. (COPY PASTE ASTROGEMPAK.COM)

Read more ...