Monday 27 August 2012

Drama Adam & Hawa

Episod 1 : Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD


Selesai drama Adam & Hawa malam ni.. Episod 1 berlalu dengan ....... agak slow kot.. Tak sangka jugak durasi drama ni hanya 30 minit untuk 1 episod.. Patut la banyak giler episod untuk dihabiskan.. Masa dengar2 drama ni nak dibuat, mati2 ingat Osman Ali yang direct! Tapi rupenye Feroz yang jadi director..

Nak review episod pertama, rasenye bukan kemahiran aku kot.. So ape pendapat korang..? Kite kumpulkan kt cni.. Mesti ade pelbagai pendapat lepas smua dah tengok episod 1 tadi.. Ke ade yang boleh download drama ni di internet.. Youtube, maybe ade la tu nanti..

Yang paling menarik skang ni ialah OST drama Adam & Hawa ni.. Gabungan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.. Tajuk lagu tu ialah Muara Hati.. Betul kan? Dah ada kat youtube kalau korang nak layan.. MP3 pun dah boleh download dah.. Korang search je.. Termasuk lah lirik.. Mula2 heran jugak cmne Siti leh nyanyi lagu OST ni.. Rupe2nye, kak ipar dia penerbit.. Patutlaaaa... :-)

Tentang pelakon, memang pelakon dah ada nama.. Aaron Aziz memang tak payah sebut la.. Heroin, memang pelakon ni sangat berbakat.. Sebelum ni dah menang dua anugerah.. Dua2 untuk filem Cun.. Nadiya Nissa.. Kalau korang perasan, di blog ni memang ada entri memperkenalkan Nadiya Nisa (KLIK untuk info tentang Nadiya).. Anzalna? Pun korang dah kenal.. Makeup memang buat dia nampak garang! haha.. Just for info, di awal kemunculan Nadiya Nissa dulu, dia pernah berlakon dalam video klip BISAKAH nyanyian Dato' CT..

Ape2 pun, layan je la untuk episod 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan seterusnye.. Watak Ain sekarang tengah ceria2 lagi.. Mungkin lepas ni akan mula sisi sedih dia.. Layaaaannnnn.. Idea asal entri ni adalah kerana terkejut 1 episod hanya setengah jam.. Sekali dah panjang berjela karang.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

  1. 1st episode mmg sebijik seketul mcm dalam novel..hope citer adaptasi ni x menyimpang jauh mcm citer Bicara hati...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.