Saturday 4 August 2012

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI


“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan.. Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua.. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka.. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik..” Kata Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

“Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.. Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut..” Tambah Memey lagi

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di GUA.com.my.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan yang Eraz publishkan sebelum ini..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.