Friday 10 August 2012

Johari Pain Menjadi Bualan

Johari Pain Menjadi Bualan

Mesti semua orang dah tahu tentang kes Johari Pain ni kan.. So, rasanya tak perlu Eraz jelaskan lagi kenapa.. Yang tak tahan tu, dah siap ada Page di Facebook.. Adoi.. Percaya atau tidak, orang yang LIKE Page tu dah meningkat ke 840 pada pukul 5 PM ini.. Eraz bukan salah seorangnya la..

Lepas ni harap ramai yang akan berhati-hati kalau nak menulis status.. Kadang-kadang gurauan tu akan bertukar menjadi kenyataan.. Kalau benda baik, ok la jugak.. Kalau benda tak baik? Hancus! Terlajak perahu, boleh di undur.. Terlajak tulis status di Facebook, sape nak jawab? 

Apa akan jadi pada Johari Pain selepas ini? Wujudkan istilah larikan diri di sini? Hukuman tersebut akan dijalankan atau tidak? Ke Johari Pain perlu muncul untuk jelaskan atau minta maaf secara terbuka?? Harap-harap ada yang akan update jika ianya berlaku.. Satu lagi, betul ke perkara ni dah masuk paper online? Fuh! Jom search! 

Terbaru, katanya Johari Pain dah meminta maaf.. Ade sape-sape print screen tak permohonan maaf tu?

Sah-sah Pandelela Rinong akan tergelak dengan tahu hal ni.. Sabau je la.. Tahniah sekali pada Pandelela Rinong sebab berjaya dapatkan pingat Gangsa di Olimpik.. Bukan calang-calang orang tu leh buat.. Wanita pertama di Malaysia yang dapatkan pingat di Olimpik! Wow!

3 comments:

  1. mesti hidup dia gelabah hari ni... tak senang duduk...

    ReplyDelete
  2. Pandelela senyum je baca statment tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. Pandelela senyum je baca statment tu ...God Bless Him...;)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.