Friday 3 August 2012

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000


Jika sebelum ni Rumah SHARIFAH SHAHIRA dan IJOY DIROMPAK, kini rumah Pengacara Lelaki Popular, Aznil Hj. Nawawi di Taman Yarl dirompak menyebabkan kerugian kira-kira RM40,000.. Akhbar Kosmo! melaporkan kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.. Aznil tiada semasa kejadian..

Sumber menyatakan, penjenayah melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting, rantai kaki, komputer riba dan beberapa helai pakaian.. Kejadian berlaku tanpa disedari sesiapa.. Penjenayah dipercayai memasuki rumah dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap..

SUMBER .. [ Berita LAIN, Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00.. ]

2 comments:

  1. assalamualaikum eraz...lepas ni semua artis kenalah berjaga2 perompak target artis plak...:)

    ReplyDelete
  2. bahaya sungguh la. skrg artis jd sasaran..tapi pernah dengar ustaz kata mungkin dengan cara ini Allah nak bersihkan hrta2 kita dari kekhilafan kita..wallahualam..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.