Sunday, 12 August 2012

Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg

Ibu Cerita Tuah Nama, Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg


Ibu kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menjelaskan, perkataan 'Pande' dan 'Rinong' pada nama anaknya itu mempunyai maksud tersendiri.. Nama unik Pandelela itu dipercayai membawa tuah kepada atlet berusia 19 tahun itu.. Hartini Lamim, 44, berkata, perkataan 'pandey' dalam bahasa Sarawak bermaksud pandai manakala perkataan Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang.

"Apabila difikirkan kembali, memang nama Pandelela Rinong ini begitu unik dan membawa tuah yang tersendiri kepadanya.. Sebagaimana namanya 'Rinong' yang membawa maksud tenang, dia akhirnya berjaya mengharungi acara terjun kelmarin dengan tenang dan bijak sehingga akhirnya berjaya meraih pingat," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.


--------------------------------------------

No comments:

Post a comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.