Friday 10 August 2012

Pandelela Rinong HADIAHKAN Pingat GANGSA Untuk MALAYSIA di Olimpik 2012

Pandelela Rinong HADIAHKAN Pingat GANGSA Untuk MALAYSIA Bagi Acara 10 M Platform Wanita Individu Olimpik 2012


LONDON 10 Ogos - Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008. - UTUSAN

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) KISAH Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab
(Entri 2) TARIKH dan TEMPAT Lihat Anak Bulan Syawal Tahun Ini, 2012

2 comments:

  1. assalamualaikum eraz...tahniah buat Pandelela Rinong...:)

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan...

    Penduduk twitter dan FB sedang bertarung untuk Johari Pain yang dikatakan mahu "kerat" jika perenang ini tidak berhasil membawa pingat =)

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.