Sunday 26 August 2012

Adakah Lelaki atau Jejaka Jambu Itu GAY?

Forteen : Hentikan Menuduh Forteen Kumpulan Lelaki Gay


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Tajuk entri terlintas lepas baca artikel berita tentang kumpulan Forteen ni yang meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.. Bagi aku sendiri, lelaki jambu atau berpenampilan kemas dan bergaya ni tak semestinya gay.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Apa-apa pun, jom baca luahan mereka untuk boleh mewakilkan lelaki-lelaki lain yang senasib.. ;)

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.. Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” - Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam)

“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.. Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” - Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz)

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.. Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” - Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One)

“Secara peribadi, saya kecewa dengan tuduhan begitu tetapi ia terpaksa ditelan kerana inilah harga yang perlu dibayar.. Lagipun, saya perlu sematkan bahawa tanpa peminat kami tidak akan dikenali seperti hari ini,” Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer)

Sumber : mStar

1 comment:

  1. Abez tue takkan nak pakai baju selekeh-selekeh kot...
    But I think the should appear funky and fun a sometimes.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.