Tuesday 6 October 2015

Bila ada Ulser di dalam tekak / kerongkong !

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas rasa nak kembali OK dari demam teruk baru ni, hari Sabtu kot tekak mula rasa sakit giler.. Antibiotik demam baru je habis, tapi rasa macam tak best lagi.. Malam sebelum tu lagi sekali badan panas giler sampai menggigil.. Pelik.. Paling pelik lagi, tekak ni sakit lain macam je.. Bincang dengan wife, ada ke ubat cecair yang boleh kurang kan rasa sakit tekak ni.. Selalunya kalau sakit tekak, tanda nak selesema.. Tapi tak bersin dan semacam je sakit..

So wife berpendapat, dari beli je ubat kat klinik atau farmasi, apa salahnya jumpa je doktor sekejap.. Petang-petang lepas balik kerja ni, selalu di klinik yang selalu kami pergi tu, tak ramai sangat.. So ok lah.. Singgah la kami sekeluarga klinik sekejap.. Memang tak lama menunggu, terus dipanggil.. Tapi langkah kanan tu ada sebab lepas je Eraz daftar, ramai pulak bersusun sampai.. Alhamdulillah tak menunggu lama..

Doktor ada cakap, kalau nak panas tak ok apa semua, mungkin ubat dari klinik lain sebelum ni tak menjadi.. Kalau tak, mesti semua dah ok tambah-tambah antiobiotik dah habis kan.. So doktor try check suhu badan, ok je mungkin sebab Eraz dah telan panadol sebelum paginya.. Itu kemungkinan doktor bagitahu.. Doktor suluh dalam tekak.. Haaaa.. Ini salah satu punca kenapa sakit sangat tekak! First time kena ni.. Ulser di dalam tekak / kerongkong.. Patut la nak menelan makanan yang keras-keras, rasa macam ada benda menghiris.. Terbongkar.. Nasib baik dengar kata isteri supaya jumpa doktor kan..



Dapat la lagi antiobiotik yang lain dan sebeban pun lagi.. Alhamdulillah, kerasian tu ada, dan sakit tu memang ok secara perlahan.. Mengharapkan hari ketiga atau keempat tu akan ok sepenuhnya.. Hope so.. Air masak memang sentiasa di minum at least tujuh ke lapan gelas sehari.. Salah satu penyebab mungkin badan terlalu panas selama 3 malam sebelum ni.. First time kena ulser macam ni dan tak dapat bayangkan bagaimana la perasaan orang yang lebih teruk kan.. Dalam dugaan Allah ni, ada syukurnya juga..

Kalau dalam mulut atau di bibir, kita boleh elak untuk terkena kan.. Kalau dalam tekak tu camne agaknya nak elak kan.. Terpaksa la juga telan kan.. Baru je badan ni naik sikit, tapi bila dah kurang makan, memang akan turun dengan cepat.. Bukan senang nak naikkan berat badan, tapi turun memang sangat senang.. Sabar je la dan mengharapakan sihat walafiat secepat yang mungkin untuk kembali normal.. Insyaallah..

Bayangkan kalau selalu dapat makan, terus makan dengan happy gembira kan.. Menikmati.. Ini terbalik, masa nak makan, air mata yang keluar.. Air mata gembira ke? Hehe.. Air mata sakit tu.. Memang perit giler rasa bila menelan..Tuhan je la tahu.. Tapi terpaksa juga makan kan.. Selera tu memang susah la nak dapat cari masa-masa macam ni.. Tapi kena juga makan sebab nak dapatkan tenaga.. 

7 comments:

  1. Hehehe..paling sadis bila sakit pedih ulser tu membuatkan satu mulut sakit termasuklah gigi dan gusi.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Selain ubat, memang air minum dgn byk ni.. Bertambah kerap ke toilet.. Hehe..

      Delete
  3. ohhhh saya tgh sakit di situ sekarang ni. macam ada pisau menghiris

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.