Wednesday 7 October 2015

Temuduga Kerja : PNGK Tinggi vs PNGK Rendah ; Universiti Terbaik vs Universiti Ranking Rendah

Assalamualaikum w.b.t.. Tu dia.. Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ni.. Mulanya nak buat tajuk khas untuk fresh graduate.. Tapi kalau dah namanya fresh graduate, sudah terlambat kot untuk isu ni.. So fokus pada pelajar-pelajar yang masih menuntut.. Gambar dibawah Eraz dapat di Facebook.. Ianya berkisar tentang pendapat tentang satu interview yang melibatkan calon yang mendapat CGPA or PNGK yang tinggi serta rendah dan antara universiti terbaik dan universiti yang biasa-biasa je.. Tapi sebelum tu, baca ini dulu :






Dalam temuduga kerja, personaliti calon juga memainkan peranan penting.. Komunikasi pun penting.. Bagaimana kita ingin meyakinkan bakal majikan kita.. Dipersembahkan dengan PNGK yang tinggi dan dari universiti terbaik, itu sebagai bonus.. Tapi kalau korang graduate dari universiti yang dianggap biasa dan PNGK macam biasa-biasa je, jangan mudah rasa down.. Rezeki ni di mana-mana.. Majikan ni pun bermacam-macam.. Yakin dengan diri bahawa kita betul-betul nakkan pekerjaan tu dan tahu apa yang diperlukan oleh jawatan itu.. Bercakap dengan yakin, berpakaian dengan kemas, insyaallah semua tu boleh jadi faktor untuk kita berjaya dalam temuduga berkenaan..

Pernah berlaku dalam satu cerita, semasa temuduga siri pertama, memang sangat ramai calon yang datang.. Tapi bila masa kelayakan untuk ke temuduga kedua, hanya dua calon sahaja yang datang.. Calon pertama mempunyai Sarjana dan calon kedua mempunyai Sarjana Muda dan PNGK yang biasa-biasa je dan fresh graduate.. Tapi majikan berkenaan memilih calon yang kedua sebab dia sangat yakin dengan percakapan, berpakaian yang sesuai, tidak terlalu meninggikan diri, bertegur sapa dengan staf yang sedia dan lain-lain ciri tambahan.. So! Apa yang penting di sini, yakin dengan diri, jujur dengan diri, insyaallah rezeki itu milik kita.. 

8 comments:

  1. Setuju! 1st impression itu penting. Ulat buku sometimes tak alert dengan penampilan dan keyakinan diri. Majoriti hanya menghafal dan bila berada dalam keadaan sebenar tak pandai nak apply. Semua orang ada peluang utk dapat kerjaya diingini tetapi perlu ada tambah nilai dalam diri.:)

    ReplyDelete
  2. yakin dan jujur pada dia.. itu akan tampilkan diri anda yang sebenar.. sangat suka entry ni..

    ReplyDelete
  3. yang penting orang nak interview first yang dia akan tengok personaliti, kalo personaliti fail maka yang lain fail. lain inrviewer lain caranya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Ada faktor2 yang memainkan peranan..

      Delete
  4. Confident level tu penting......hihi

    Even salah cakap.....muka kompidennn jeee

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.