Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 24 October 2015

Syukur Hujan Turun di Musim Jerebu Walaupun Fobia Dengan Banjir

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dalam pukul 3, 4 pagi semalam, hujan ada turun walaupun tak lebat.. Sekarang ni hujan turun lagi dengan lebat di kawasan Kota Bharu ni.. walaupun sebenarnya fobia dengan turunnya hujan yang lebat, tapi bersyukur sekarang ni kerana sekurang-kurangnya boleh kurangkan IPU jerebu di sini.. Jerebu sangat bahaya terutama pada kanak-kanak dan bayi kan.. Sebagai bapa yang ada anak kecil, memang sangat bersyukur la..


Rasannya semalam, Kota Bharu dah mencecah IPU 120++.. Ia sedikit rendah berbanding negeri dan daerah lain tapi berada di warna kuning dan kena berjaga-jaga kan.. Juga dalam kumpulan IPU tidak sihat.. Tapi pagi tadi cuba semak di laman web sepatutnya, IPU dah mula turun.. Mungkin sebab hujan pada pukul 3, 4 pagi semalam.. 

Dalam pada bersyukur turunnya hujan sekarang ni, bila dah nak masuk bulan 11 dan 12 ni, fobia berlakunya banjir memang ada.. Terutama bila ada ura-ura desas desus tentang akan berlakunya banjir yang lebih besar di Kelantan.. Kami di Kelantan mengharapkan tiada la banjir dalam tahun 2014 yang lepas.. Serius.. Kalau dulu memang ada sedikit perasaan happy kalau banjir sebab biasa-biasa je kan.. Tapi lepas tahun 2014, memang menggerunkan.. 

3 comments:

  1. Banjir skrg ni bukan macam banjir dulu2.. Dulu blh main2 air, skrg..fuhhh..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukran..berdoa kala hujan doa kabul ada teman cakap begitu ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Penang pon hujan tadi...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.