Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 21 October 2015

Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia

Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya semalam memang kecoh dengan berita-berita melalui media sosial dan Whatsapp tentang Fenomena Jerebu Kuning berlaku di Malaysia.. Dalam pada media sosial sangat bagus menyebarkan maklumat dan berita, ianya bertukar menjadi satu kebimbangan kepada semua rakyat Malaysia tak kira berada di negeri mana pun.. Tapi Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia itu adalah tidak benar sama sekali.. Alhamdulillah..


Sejak menjadi viral semalam, benda yang paling penting dan ambil serius ialah elakkan diri membuat aktiviti luar atau dengan kata lain elakkan berada banyak di luar rumah.. Pergi balik kerja atau keluar untuk urusan penting tu lain la kan.. Mungkin kategori terpaksa.. Terutama pada anak-anak kita atau bayi-bayi.. Sekolah pun masih tutup di beberapa negeri dan daerah tertentu kan.. Di Kota Bharu ni sendiri memang dari semalam dah nampak tanda jerebu yang rasa macam semakin menebal.. Tapi bacaan IPU masih belum sampai tahap bahaya kot.. Tapi sama-sama juga berwaspada..


Apa-apa pun harus ingat, elak la menyebarkan berita yang tak benar.. Andai kata korang rasa berita yang korang terima tu tidak benar, diamkan saje.. Jangan nak forward ke situ sini.. Sama-sama kita fikir.. Wassalam..

#Diharapkan kita semua jauh dengan fenomena Jerebu Kuning

2 comments:

  1. Sally punya dada pun dah mula sakit...harapnya tak kena pape laa...semuanya sebab jerebu ni...biar tak kuning pun tetap sakit

    Semoga pulih cepat la hendaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, abe lebih risaukan anak2 kecil je.. Mereka lagi cepat terdedah..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.