Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 20 October 2015

Kalau Dulu #6 | Dukung Masuk Bilik

Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi buat entri Kalau Dulu.. Kalau dulu, masa kita kecik-kecik, selalu la kan tertidur depan tv la, atas sofa la, kat ruang tamu la atau mana-mana la tempat boleh tidur.. Tapi bila tiba waktu malam dan sepatutnya tidur, mula la Ma atau Abah angkut kita semua bawa ke tempat tidur atau bilik tidur.. Bagi orang kampung macam Eraz dulu, perkara biasa je tak tidur dalam bilik sebab rumah kampung, bilik tak banyak kan.. Tambah-tambah adik beradik ramai..


Tapi sekarang, ianya berbalik kepada kita semua yang telah menjadi bapa atau ibu.. Kita yang perlu angkut semua anak-anak kecik dari mana tempat mereka tertidur dan bawa ke bilik air dengan niat dalam hati agar mereka tak terjaga la kan.. Sebabnya kadang-kadang, nak bercerita tentang anak sendiri ni..

Kadang-kadang Zara Faleesya memang best tidur depan tv.. Walaupun tv tu dia tak tengok pun, kalau ada ketika nak angkat tu, dia tersedar, memang dia tak nak masuk bilik walapun di angkat dan dukung.. Kena angkat baik-baik baru ok.. Tapi itu kadang-kadang je la.. Kalau time biasa, boleh je angkat macam tu je.. Adam Fitri tak de masalah sebab kecil lagi kan.. Apa pengalaman korang pulak?

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.